Bersyukur jalan kampung kami sudah diturap

Bersyukur jalan kampung kami sudah diturap

LORONG berturap bitumin sesuai untuk pelbagai musim bagi kegunaan dan keselesaan penduduk Kampung Jeram, Perak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MELALUI ruangan ini, saya mewakili penduduk Kampung Jeram, Kampar, Perak mengucapkan terima kasih kepada Pengulu Mukim Kampar dan Pejabat Pentadbiran Daerah atas usaha menyokong dan meluluskan permohonan untuk merealisasikan tambah baik jalan dengan turapan bitumen sepanjang 200 meter.

Sebagai penduduk, saya bersyukur atas bantuan dan pertolongan yang diberikan serta berterima kasih kepada tangan-tangan yang menghulurkan bantuan dan pertolongan ini.

Selama berpuluh tahun penduduk kampung terpaksa berdepan jalan tidak berturap yang memberi risiko kepada pemandu kenderaan terutama ketika musim hujan. Akhirnya, kami dapat menggunakan laluan ini untuk pelbagai aktiviti.

Penambahbaikan ini memudahkan pelajar Tahfiz Al-Babul Barakah serta warga kampung untuk ke masjid tanpa perlu melalui jalan besar. Ini kerana untuk pulang dari masjid, mereka terpaksa melalui jalan besar secara melawan arus yang amat bahaya. Malah laluan ini turut dapat dimanfaatkan oleh warga kampung untuk membawa hasil pertanian ke pekan berhampiran bagi tujuan perniagaan.

Semoga khidmat bakti yang diberikan sepanjang waktu tanpa mengira masa dan prihatin kepada keperluan para pengundi dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tualang Sekah diberkati dan dirahmati
Allah SWT.-UTUSAN

YOSRI ABU MAHSIN
Kampung Jeram, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya