Benarkah GTA tiada niat bantu rakyat?

Benarkah GTA tiada niat bantu rakyat?

GERAKAN Tanah Air kerap mengeluarkan kenyataan-kenyataan bertujuan menumbangkan pihak lain.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KERAP kita mendengar dan membaca kenyataan-kenyataan daripada Gerakan Tanah Air (GTA) yang jelas dilihat tidak lain tidak bukan hanya bertujuan hendak menumbangkan pihak lain semata-mata.

Malah daripada setiap kenyataan-kenyataan tersebut, tidak pula memetik penderitaan, kesusahan dan masalah dihadapi rakyat.

Apa jua bantuan dan pertolongan nampaknya amat jauh daripada pemikiran mereka termasuk jangkaan beberapa kawasan dikuatiri dilanda banjir. Sebaliknya golongan ini hanya tahu mencipta dan mencari helah atau jalan untuk mendapatkan pengaruh serta sokongan supaya mereka memperoleh kemenangan dalam mengejar kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang bakal diadakan pada 19 November ini.

Jika dilihat, hanya bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengetahui dan pandai tentang masalah ekonomi negara sementara ahli-ahli GTA lain serba tidak tahu mengenai apa-apa perkara berkaitan pembangunan dan kesejahteraan negara serta rakyat.

Malah, jika rakyat ingat kembali kenyataan Dr. Mahathir yang mengatakan manifesto bukannya kitab suci selepas gagal melaksanakan janji-janji dalam PRU14 seperti menghapuskan tol, menurunkan harga minyak dan kereta, memansuhkan pembayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan memberi pendidikan percuma, ia adalah sesuatu yang sukar diterima.

Sudah beberapa kali saya menyatakan pandangan mengenai isu ini tetapi nampaknya tiada sebarang reaksi balas oleh GTA mahupun Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).-UTUSAN

TEROPONG JAUH
Jerantut, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya