Bahan kempen PRU15 melampau

Bahan kempen PRU15 melampau

PEMASANGAN poster, kain rentang, paparan digital dan elektronik dianggap satu pembaziran sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MENELITI kepada pemasangan peralatan sokongan kempen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini seperti poster, kain rentang, paparan digital dan elektronik, media sosial dan media konvensional termasuk akhbar, radio dan televisyen kepada pihak penyedia perkhidmatan komunikasi calon-calon serta parti-parti bertanding disifatkan begitu luar biasa sekali.

Parti-parti yang bertanding berbelanja begitu banyak wang dalam tempoh 14 hari berkempen sebagai pecutan terakhir mendapatkan sokongan pengundi. Jika diteliti kos tersebut bagi setiap calon adalah amat tinggi.

Dalam konteks ini, suatu kajian dicadangkan perlu dibuat bagi meneliti kos bagi setiap calon berbelanja untuk memenangi sesuatu kawasan pilihan raya sama ada Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk perbelanjaan makan minum, penyewaan dewan, kerusi meja, peralatan audio visual, media konvensional dan digital dan berbagai lagi.

Memandangkan peraturan pilihan raya menyebut setiap calon perlu isytiharkan perbelanjaan selepas pilihan raya iaitu bagi kawasan DUN tidak lebih RM30,000 dan Parlimen tidak lebih RM50,000, perlu dikaji dari manakah sumber kewangan itu datang. Sedangkan parti yang ditubuhkan itu baharu sahaja berusia setahun jagung.

Dalam masa sama, terdapat parti-parti yang bertanding ghairah untuk membela nasib rakyat sekiranya menang pilihan raya untuk mengatasi masalah beban kos sara hidup, mewujudkan peluang pekerjaan serta membuka peluang ekonomi yang ditanggung oleh rakyat pada masa kini.

Dalam masa sama, semua itu hanya retorik untuk memancing undi sedangkan mereka sendiri pun tidak empati dengan rakyat miskin yang menjadi sasaran tumpuan kempen berbanding perbelanjaan melampau yang dibelanja untuk memenangi pilihan raya. Jangan sampai menang sorak, kampung tergadai dan para pengundi menjadi ibarat lebai malang pula.-UTUSAN

YOSRI ABU MAHSIN
Pekan, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya