Wajib pilih pemimpin negara bersifat amanah - Utusan Malaysia

Wajib pilih pemimpin negara bersifat amanah

PEMIMPIN kerajaan mesti berlaku adil dan memudahkan urusan rakyat terutama yang berada dalam kesempitan hidup seperti golongan berpendapatan rendah (B40). – GAMBAR HIASAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PILIHAN Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah saluran rakyat memberikan kuasa kepada ahli politik yang bertanding mewakili parti mereka untuk mendapatkan kuasa bagi membentuk kerajaan.

Mana-mana parti atau gabungan yang menang sekurang-kurangmya majoriti mudah berpeluang untuk membentuk kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau negeri.

Tanggungjawab utama kerajaan adalah melaksanakan amanah dengan penuh integriti dan adil. Kerajaan mesti bersikap telus dalam aspek pentadbiran dan pengurusan supaya perbendaharaan, aset negara dan segala sumber kekayaan tidak diselewengkan untuk kepentingan diri, keluarga atau kroni.

Kita tidak mahu berlaku ketirisan yang besar dan pengagihan kekayaan negara menjadi terhad dan tidak menyeluruh.Pemimpin perlu memiliki sifat-sifat terpuji, integriti tinggi, kebijaksanaan serta berilmu dalam mentadbir dan mengurus negara berasaskan visi dan misi serta objektif yang jelas dan praktikal.

Semua pemimpin politik sama ada dalam kerajaan atau di luar lingkungan kekuasaan pemerintah harus mengetahui garis sempadan kekuasaan yang harus mereka pikul. Mereka juga mesti memahami bahaya menyalahgunakan kuasa yang telah diamanahkan kepada mereka.

Di sisi Islam, kesungguhan untuk melaksanakan amanah kepemimpinan itu dengan sifat-sifat mulia dijanjikan dengan memperoleh keredaan Allah SWT.

Sebaliknya jika menurutkan hawa nafsunya dengan menyeleweng, maka kesengsaraan menanti mereka. Jika tidak di dunia, di akhirat akan dirasainya.Justeru, mereka yang diberikan kuasa harus menggunakannya untuk meraih keredaan Allah SWT.

Pemimpin kerajaan mesti berlaku adil dan memudahkan urusan rakyat terutama yang berada dalam kesempitan hidup seperti golongan berpendapatan rendah (B40) tanpa mengetepikan kumpulan lain sesuai dengan keperluan mereka. – UTUSAN

MOHD. AYOP ABD. RAZID
Penganalisis sosipolitik bebas

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya