Ternak lembu, kambing di kebun getah

Ternak lembu, kambing di kebun getah

Pengeluaran getah asli Malaysia pada November 2022 disumbangkan terutamanya oleh sektor pekebun kecil. – UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KELUHAN pekebun kecil getah seakan tidak ada pengakhirannya. Rungutan mereka juga seakan-akan tidak ada siapa yang mendengar.

Cuma sejak akhir-akhir ini ada seorang dua menteri memberikan perhatian kerana sekarang adalah musim Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Itu pun sekadar memberitahu secara umum bahawa kerajaan akan mengambil tindakan sewajarnya.

Sehubungan dengan kejatuhan harga getah, adakah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) mengambil sebarang langkah bagi membantu pekebun kecil?

Saya melihat ada beberapa papan tanda yang menunjukkan keterlibatan pihak Risda seperti membantu pengusaha kuih baulu, kebab dan sebagainya termasuk di taman-taman perumahan yang tiada kaitan dengan urusan tanaman getah.

Adakah pihak pekebun kecil tidak dibantu sebagaimana Risda membantu pengusaha kuih-kuih tradisional ini?

Salah satu cara lagi, pihak Risda boleh membantu pekebun kecil ini dengan memberikan lembu atau kambing untuk diternak di dalam kawasan kebun getah.

Bilangan binatang ternakan ini bergantung kepada keluasan kebun sedia ada. Apabila cukup matang, lembu dan kambing ini boleh dijual bagi menampung kekurangan pendapatan pekebun kecil getah akibat kejatuhan harga komoditi tersebut.

Tidak perlu pekebun kecil ini diberikan haiwan ternakan yang banyak, tetapi sekadar mengikut kemampuan mereka untuk menjaga binatang berkenaan.

Dengan pengawasan dari pihak Risda dan bantuan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, mungkin satu hari nanti bilangan lembu dan kambing yang diternak dalam kebun-kebun getah dapat ditingkatkan untuk menampung keperluan dalam negara.
Saya rasa idea ini mudah, cuma mengharapkan ada pihak berwajib yang dapat memulakannya terutama Risda.-UTUSAN

HALIM OSMAN
Kulim, Kedah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya