Tambah kategori penerima Bantuan Prihatin Pahang - Utusan Malaysia

Tambah kategori penerima Bantuan Prihatin Pahang

GOLONGAN pesara mula merasai keperitan hidup akibat keadaan ekonomi yang tidak menjanjikan kesejahteraan. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA sebagai penjawat awam yang telah bersara daripada perkhidmatan di bawah Kerajaan Persekutuan ingin mencadangkan kepada kerajaan negeri Pahang yang baharu agar dapat meluaskan lagi Bantuan Prihatin Pahang (BPP) kepada pesara yang lahir atau pernah berkhidmat di negeri itu.

Saya mengusulkan perkara ini kerana sebagai anak jati Pahang, kami telah berkhidmat dan mencurahkan bakti bertahun-tahun untuk Kerajaan Persekutuan dan juga di negeri sendiri.

Baru-baru ini, kerajaan negeri mengumumkan BPP 2023 secara bersasar melibatkan dana RM42.4 juta yang bakal dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat seperti pelajar tahfiz, nelayan, petani sehinggalah warga emas melibatkan 218,194 penerima.

Justeru, saya sebagai pesara berharap kerajaan negeri meluaskan lagi agenda kebajikan rakyat ini dengan menambah penerima baharu iaitu pesara kerajaan.

Walaupun melibatkan tambahan kewangan dan tidak sebesar bajet Kerajaan Persekutuan, namun keuntungan kerajaan negeri dan dengan kadar hutang yang mampu dibayar tiada sebab untuk tidak menambah pesara sebagai penerima BPP.

Kalau tidak BPP 2023, ia boleh dilakukan pada tahun-tahun akan datang. Dengan keadaan ekonomi tidak menentu, kenaikan harga barang, gaji yang tinggal sedikit, sudah tentu pesara ingin juga merasai wang kerajaan negeri.

Golongan pesara memang dikenali sebagai orang kaya baharu tetapi sesetengahnya mula merasai keperitan hidup akibat keadaan ekonomi yang tidak menjanjikan kesejahteraan selepas bersara.

Walaupun dahulunya kami adalah golongan berpendapatan sederhana (M40) ketika bekerja, tetapi telah menjadi golongan berpendapatan rendah (B40) kerana kadar pencen tidak sebanyak gaji yang diterima sewaktu bekerja. – UTUSAN

PESARA KERAJAAN, Temerloh, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya