Sediakan payung sebelum hujan, elak kerosakan harta benda

Sediakan payung sebelum hujan, elak kerosakan harta benda

MEMBINA tebatan dan menutup lubang saluran di bilik air antara langkah yang boleh diambil bagi mengelak banjir di rumah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEPERTI tahun-tahun sebelum ini, negara akan berdepan musim tengkujuh antara November hingga awal tahun depan. Jadi, penduduk yang tinggal di kawasan berisiko banjir sepatutnya sudah mengambil tindakan sewajarnya.

Banjir boleh mengakibatkan banyak kerugian termasuk merosakkan harta benda. Ini akan melibatkan jumlah kos yang besar untuk memperbaiki kerosakan atau terpaksa membeli barangan baharu.

Walaupun kerajaan Pusat dan kerajaan negeri melalui pelbagai jabatan dan agensi berkaitan melakukan persiapan awal menghadapi musim tengkujuh, namun apalah salahnya sebagai rakyat turut memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan keluarga serta mengurangkan jumlah kerugian.

Biarlah pihak berwajib fokus kepada persediaan lain seperti mengenal pasti pusat pemindahan sementara (PPS) dan memantau banjir.

Seperti sebelum ini, kebiasaan air akan naik sekitar dua kaki ketika banjir, jadi lebih baik pemilik rumah menyediakan pintu tebatan banjir dan buka dengan keluasan tiga kaki selain menutup lubang saluran di bilik air yang boleh dibuat sendiri oleh tuan rumah.

Walaupun langkah ini tidak sepenuhnya melindungi air masuk ke rumah tetapi sekurang-kurangnya dapat membantu mengurangkan kerosakan perabot dan peralatan elektrik.

Sementara bagi mereka yang memiliki rumah diperbuat daripada kayu di bahagian bawah, boleh mencuba untuk melapis dinding sehingga ketinggian tiga kaki dengan plat alumunium bagi mencegah air banjir masuk ke dalam rumah.

Saranan saya ini mungkin dapat mencegah kerosakan harta benda. Bagi menyelamatkan kenderaan daripada banjir, maka boleh gunakan dinding tebatan banjir dan menyumbat ekzos kereta dengan penyumbat.-UTUSAN

SYAM MALIKI
Pancor Jaya, Seremban

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya