Proaktif semak, nilai calon PRU15

Proaktif semak, nilai calon PRU15

RAKYAT diminta lebih proaktif dalam melakukan sedikit semakan dan penilaian terhadap calon sebelum mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TARIKH Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sudah ditetapkan. Yang pasti PRU kali ini menampilkan tiga kategori baharu yang akan menjadi penyumbang utama kepada kenaikan jumlah pengundi iaitu kelompok Undi18, kategori 21-25 tahun (pengundi baharu yang tidak berkesempatan mengundi pada PRU14) dan kategori 26-30 tahun (pengundi baharu yang tidak pernah mendaftar dan didaftarkan secara automatik).

Secara asasnya, setiap kelompok mempunyai potensi dalam mengubah corak kepimpinan negara pada masa hadapan.

Pemilihan pemimpin amat penting. Pemimpin yang korup dan tidak bermaruah tentunya akan menambah kerosakan dan keburukan kepada negara. Pemimpin tidak berwibawa dan rosak akhlaknya akan melahirkan budaya politik yang mundur, membantutkan pembangunan, melesukan pelaksanaan dasar dan polisi negara serta membebankan rakyat.

Justeru, kita perlu bersikap proaktif dalam melakukan sedikit semakan dan penilaian sebagai indikator pemilihan calon.

Ia boleh dilakukan melalui semakan latar belakang calon. Dari maklumat latar belakang tentunya kita dapat menilai secara umum jika calon tersebut bebas salah laku, bebas rasuah dan mempunyai kredibiliti.

Bakal pengundi juga boleh menilai komitmen dan khidmat calon dalam aspek kehadiran ke sidang Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

Perkara ini tidak boleh dianggap ringan kerana ia merupakan tugas hakiki bagi seorang penggubal dasar negara.

Jika mereka baru sahaja pertama kali bertanding atau pernah bertanding tetapi kalah, anda boleh mengkaji dengan lebih mendalam mengenai pengalaman akademik dan politiknya melalui bacaan dan dapatan lokaliti setempat. Ada kemungkinan yang mahu bertanding itu merupakan calon luar dan tidak tahu menahu tentang kawasan yang kita diami ini.

Calon juga perlu dinilai berdasarkan pemikiran dan intelektual. Kita perlu melihat bagaimana calon berdebat dengan rasional, berfakta dan berpendirian.

Kita mahu pemimpin yang berani mengutarakan pandangan dan menyelesaikan masalah. Maka debat adalah platform utama untuk dijadikan medan penilaian buat diri sendiri dan para pengundi yang hadir menyaksikannya.-UTUSAN

PROFESOR DR. HANIM SALLEH
Naib Presiden IKRAM Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya