Pelik baru sekarang PH kata BN gila - Utusan Malaysia

Pelik baru sekarang PH kata BN gila

KOS penganjuran pilihan raya adalah tinggi terutama jika ia diadakan secara berasingan antara Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BANYAK isu timbul menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) termasuk Pakatan Harapan (PH) memilih tidak mengadakan pilihan raya serentak di tiga negeri iaitu Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor.

Isu lain adalah kemungkinan banjir ketika proses pengundian pada 19 November dan terdapat cakap-cakap bahawa Barisan Nasional (BN) akan melepaskan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Berhubung isu pertama, sebenarnya kos penganjuran pilihan raya adalah tinggi sekali jika diadakan secara berasingan. Mengapa PH tidak bubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN)?

PH selalu mengkritik BN mengamalkan rasuah dan membazirkan wang pembayar cukai. Kini, mereka pula membazirkan wang pembayar cukai. Isu kedua, mengenai banjir. Ya, kemungkinan ini tidak boleh dinafikan kerana hujung tahun memang musim hujan.

Namun, keraguannya ialah tiada seorang pun pemimpin PH membantah pelaksanaan Pilihan Raya Negeri Melaka pada 20 November tahun lepas walaupun masa itu musim hujan juga. Tetapi kini PH mengkritik BN sebagai gila kerana mengadakan pilihan raya pada musim hujan.

Mengenai isu ketiga, baru-baru ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi membuat satu kenyataan di Perhimpunan Agung Tahunan MIC, iaitu “Jika kami kalah, semua yang berada di sini akan didakwa.”

Ramai pemimpin PH menggunakan isu ini untuk menghasut rakyat dengan mengatakan jika BN menang, Najib akan dibebaskan. Beberapa pemimpin pembangkang juga terlibat dengan kes mahkamah termasuk Lim Guan Eng dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Adakah faktor PH ingin memenangi pilihan raya kerana ingin menarik balik kes-kes yang dihadapi oleh pemimpin mereka? – UTUSAN

TEO WEI HONG, Batu Pahat, Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya