Manifesto perlu ada kebebasan badan kehakiman - Utusan Malaysia

Manifesto perlu ada kebebasan badan kehakiman

SEMUA parti politik dicadang menjadikan kebebasan institusi kehakiman sebagai salah satu kandungan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEMUA parti politik dicadangkan agar menjadikan kebebasan institusi kehakiman sebagai salah satu kandungan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kelak.

Rakyat memerlukan komitmen berbentuk dokumen bertulis melalui manifesto semua parti politik yang jelas maksudnya bahawa tiada sebarang bentuk campur kerajaan terhadap kes dalam siasatan, pendakwaan dan perbicaraan serta di peringkat rayuan yang dihadapi oleh ahli politik.

Perkara itu penting dalam memastikan bahawa institusi kehakiman negara benar-benar bebas daripada cengkaman pihak eksekutif agar pelaksanaan keluhuran undang-undang tidak lagi diperlekehkan serta diperdagangkan oleh pihak berkepentingan.

Cadangan ini adalah satu bentuk komitmen parti politik terhadap rakyat atas dasar keadilan sejagat agar tidak berlaku situasi wujud pendakwaan terpilih serta penghakiman berat sebelah seumpama ‘antara dua darjat’ yang akhirnya membawa imej buruk kepada negara.

Secara waras tidak dinafikan bahawa ahli politik yang pelbagai ragam ketika mahu menarik sokongan dan mendapatkan mandat rakyat secara spontan akan memberikan komitmen secara lisan mengenai keabsahan kebebasan institusi kehakiman.

Perlu dinyatakan sebarang komitmen penting melalui mulut pemimpin politik menjelangnya setiap sesi pilihan raya negeri (PRN) mahupun PRU adalah umpama ‘tin kosong’ melainkan ia dinyatakan secara jelas dalam bentuk dokumen bertulis.

Justeru, apa masalahnya jika cadangan ini disenaraikan dalam manifesto setiap parti politik jika benar mereka ikhlas, berintegriti dan mengutamakan tanggungjawab terhadap rakyat? – UTUSAN

RAHMAD ISAHAK
Aktivis politik

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya