Guna pendekatan terbaik tangani krisis ekonomi - Utusan Malaysia

Guna pendekatan terbaik tangani krisis ekonomi

PENUBUHAN 1Malaysia Development Berhad (1MDB) gagal menyelesaikan krisis kewangan dihadapi negara ini pada 2008. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEJAK merdeka sehingga hari ini, negara kita mengalami tiga krisis besar ekonomi. Pertama, krisis 1985/1986 di mana harga komoditi jatuh akibat tindakan Amerika Syarikat (AS) menaikkan kadar faedah kepada satu tahap yang tinggi.

Malaysia yang bergantung kepada petroleum, kelapa sawit dan bijih timah terkesan dengan hebatnya ditambah pula dengan keadaan pasaran dunia yang turut lembap.

Perdana Menteri ketika itu telah bertindak pantas, memperkenalkan beberapa langkah termasuk persyarikatan Malaysia dan penswastaan serta beberapa dasar yang berjaya memulihkan ekonomi negara.

Akhirnya Keluaran Dalam Negera Kasar (KDNK) kita berkembang secara konsisten dengan purata 8.9 peratus dari 1988 hingga 1996.

Kedua, krisis kewangan Asia 1997/1998 di mana Malaysia juga diserang oleh penyangak-penyangak mata wang, bermula dari Thailand seterusnya ke negara-negara sekeliling termasuk Malaysia sehingga nilai ringgit jatuh ke paras terendah iaitu RM4.90 berbanding AS$1.

Secara umumnya, ia menyebabkan barangan import menjadi terlalu mahal dan ini memberi kesan kepada banyak aspek kehidupan seharian rakyat.

Sekali lagi, Perdana Menteri pada masa itu, mengambil tindakan pantas dengan memperkenalkan dasar kawalan modal dan tidak membenarkan ringgit diurus niaga, serta mengikat ringgit pada kadar 3.80 bagi AS$1 menjadikan harga barangan stabil.

Dengan keadaan ringgit tidak boleh diurus niaga, maka mata wang kita tiada nilai di luar negara. Ini menyebabkan semua simpanan ringgit di seluruh dunia dibawa kembali ke Malaysia.

Ketiga, krisis kewangan dunia 2008/2009, sekali lagi AS menjadi puncanya. Apa Perdana Menteri ketika itu buat? Beliau hanya menubuhkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang ceritanya kita semua sudah tahu.

Sekarang, ketika kita menghadapi krisis ekonomi kali keempat, negara kita hendak guna pendekatan bagaimana? – UTUSAN

AZMAN MOHD. HASHIM
Ahli Majlis Eksekutif Pusat Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya