GTA ambil hikmah Malayan Union

GTA ambil hikmah Malayan Union

HIKMAH daripada penolakan penubuhan gagasan Malayan Union pada 1946 ialah penyatuan orang Melayu merentasi etnik, kenegerian dan status sosial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PADA penelitian saya, orang Melayu mula berpolitik secara massa dan sistematik ketika bermulanya penentangan terhadap gagasan Malayan Union pada 1946. Hikmah daripada penolakan gagasan Malayan Union ini ialah penyatuan bangsa Melayu merentasi etnik, kenegerian dan status sosial.

Jika ditakdirkan ketika itu orang Melayu tidak bangkit bersatu, Tanah Melayu yang kita diami ini mungkin sekarang menjadi seperti Palestin. Contoh paling dekat, lihat sahaja Singapura. Hanya lagu kebangsaan yang dinyanyikan dalam bahasa asal sebagai sisa kenangan daripada bangsa Melayu.

Malayan Union ibarat hujan lebat hingga memaksa orang Melayu berenang menyelamatkan diri daripada ditenggelamkan air bah. Titik inilah bermulanya aksi orang Melayu dalam politik dengan lebih tersusun sebagai persediaan untuk mentadbir sebuah negara.

Ketika penentangan ke atas gagasan British berlaku, orang Melayu belum mempunyai parti politik yang tersusun seperti hari ini.

Di era itu yang ada hanyalah kesatuan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu seperti Kesatuan Melayu di Singapura, Perak, Johor dan negeri-negeri lain.

Dengan kesedaran untuk melawan Malayan Union inilah telah menarik penglibatan NGO dan tokoh masyarakat (NGI) untuk berpakat hingga membentuk satu gabungan ketumbukan politik massa yang kuat. Perkumpulan ini hanya diikat berdasarkan kerjasama antara NGO termasuk tokoh-tokoh NGI.

Situasi itu saling tak tumpah seperti Gerakan Tanah Air (GTA) pada hari ini yang bergerak bersama-sama NGO dan NGI selain parti politik.

Namun, kemunculan GTA dianggap oleh sesetengah pihak sebagai parti berteraskan assabiyah (perkauman). Bagi saya, dakwaan ini hanyalah satu pandangan stereotaip atau klise yang penuh retorik.

Namun, adakah naratif hari ini masih sama? Adakah Melayu perlu lagi bersatu? Bersatu untuk melawan apa dan siapa?-UTUSAN

MAHDZIR IBRAHIM
Ahli Jawatankuasa Penerangan
Gerakan Tanah Air (GTA) Pusat

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya