Bubarkan segera Pas, baik semua menjadi ahli UMNO - Utusan Malaysia

Bubarkan segera Pas, baik semua menjadi ahli UMNO

ROSOL Wahid menegaskan beliau sedia bertanding menggunakan logo bulan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).-UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BERAKHIR sudah teka-teki bilakah Parlimen akan dibubarkan bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan. Tumpuan sekarang adalah kepada Pas yang tidak berhenti-henti untuk terus bermain lebih daripada dua kolam.

Agak pelik langkah untuk menyatukan ummah melalui Muafakat Nasional (MN) melibatkan UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas mahu cuba ditiupkan kembali namun begitu mereka telah meletakkan beberapa syarat.

Slogan Perpaduan Ummah yang digembar-gembur sebelum ini sememangnya menjadi suatu harapan baharu bagi merubah landskap politik negara. Malangnya terus buntu dan tiada penyelesaian terbaik yang mampu dijelmakan.

Malahan rancangan tersebut sejak daripada awal lagi dilihat mempunyai banyak masalah disebabkan motif serta agenda kepentingan politik masing-masing yang berbeza. Bukan itu sahaja, dalam kalangan mereka masih terdapat sifat saling curiga-mencurigai.

Soalnya mengapakah Pas tidak mempraktikkan pendekatan dakwah dan atas dasar apakah motif serta tujuan Pas untuk menyatukan politik orang Melayu jika taruhan utamanya di dalam strategi politik sekadar mahu menumpang kuasa atas kekuatan parti lain.

Sebagai bukti, wakil rakyat Pas ternyata banyak gagal melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai menteri dalam pentadbiran negara malah peranan sebagai ulama dan pemimpin tidak berfungsi langsung untuk menjadi semak dan imbang sebaliknya yang dikatakan oleh banyak pihak hanya makan gaji buta sahaja.

Jadi penyelesaian terbaik bagi menjayakan misi perpaduan ummah yang dianggap telah gagal sebelum ini hanya ada satu jalan sahaja dan tiada pilihan lain dengan cara menyertai UMNO dan seterusnya membubarkan parti Pas.

Kita percaya perpaduan ummah selepas itu dapat dijelmakan seperti mana yang diangan-angankan selama ini, malah tidak akan lagi menimbulkan apa-apa masalah terutamanya dalam soal pengagihan kerusi dan calon. – UTUSAN

TOK WALI SONGE
Bayan Mutiara, Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya