Semat rasa integriti di media sosial

Semat rasa integriti di media sosial

PEMPENGARUH media sosial perlu mempunyai jati diri yang tinggi iaitu sentiasa menghasilkan kandungan yang mampu mendidik warganet pada elemen-elemen murni. - GAMBAR HIASAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEJAK bermula era pendemik, media sosial dilihat sebagai platform utama dalam menyebarkan maklumat selain menjadi penghubung sosial antara ahli keluarga dan teman taulan.

Tinjauan menunjukkan 48.6 peratus pengguna internet memanfaatkan media sosial untuk kekal berhubung dengan keluarga dan rakan.

Tidak cukup itu, media sosial juga berubah menjadi platform untuk mempromosikan produk dan jual beli. Selain itu, ramai juga berusaha untuk menjadi terkenal atau sebagai pempengaruh di media sosial. Kita dapat lihat belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kini lebih cenderung untuk menjadi pempengaruh di media sosial daripada berusaha untuk menempatkan diri di institusi pengajian tinggi.

Mereka bukan hanya setakat mengejar populariti bahkan menjana pendapatan sampingan melalui kandungan yang mampu menarik minat penonton.

Namun, ada dalam kalangan mereka jelas menunjukkan sifat terdesak kerana ketandusan idea sehingga sanggup menghasilkan kandungan berunsur lucah, negatif, menjatuhkan maruah diri dan keluarga. Bagi mereka, pemasaran yang buruk adalah pemasaran yang bagus.

Keadaan ini seharusnya dibanteras agar semua pihak terutama anak-anak kecil tidak terpengaruh dengan elemen negatif yang dipamerkan. Setiap pengguna media sosial perlu bertanggungjawab pada setiap kandungan dan menerapkan elemen integriti sewaktu proses menghasilkannya.

Kita perlu memegang prinsip-prinsip yang terpahat dalam Rukun Negara. Penghayatan terbaik terhadap maksud Rukun Negara ini pastinya akan melahirkan pempengaruh yang mempunyai jati diri tinggi iaitu sentiasa menghasilkan kandungan yang mampu mendidik warganet pada elemen-elemen murni. Mereka juga boleh menjadikan penghasilan  lem Mat Kilau sebagai tauladan yang baik dalam menghasilkan kandungan media sosial.-UTUSAN

NURUL NISHA MOHD. SHAH & MOHD. RADZMAN BASINON
Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya