Rakyat perlu bersatu demi mencapai negara maju

Rakyat perlu bersatu demi mencapai negara maju

SEJARAH masyarakat berbilang bangsa akan bersatu padu untuk menggapai matlamat yang sama. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MENGAPA agaknya masih terdengar suara isu perkauman berkumandang dalam situasi yang berbeza? Pada persepsi masyarakat, masih ada jurang dalam kesepaduan sosial yang perlu selesaikan.

Hidup dalam kepelbagaian dan kemajmukan merupakan sebuah nikmat. Hakikat ini mengajar kita untuk saling memahami dan bertoleransi dengan setiap perbezaan yang boleh mendatangkan kekuatan di segenap ruang yang dilihat lemah.

Budaya yang diamalkan oleh pelbagai kaum menjadi simbol penyatuan dan perpaduan buat rakyat Malaysia. Bahkan, kita boleh menambah ilmu pengetahuan tentang sebab sesuatu budaya diamalkan.

Kajian persepsi masyarakat terhadap nilai perpaduan oleh Unit Kajian Dasar IKRAM (KADRI) di bawah Indeks Negara Rahmah (INR) berkaitan Hubungan Etnik dan Penganut Agama yang Harmoni pada 2021 mendapati skor indikator di tahap sederhana iaitu 6.93 berbanding skala 10, serta merupakan skor yang melebihi skor purata INR iaitu 6.09.

Ia menunjukkan tahap perpaduan di Malaysia dalam keadaan stabil, namun masih terdapat ruang untuk menambah baik bagi mengurangkan jurang defisit sosial.

Justeru itu, IKRAM telah menyahut seruan dan semangat untuk mengukuhkan perpaduan demi menjamin keharmonian yang menyeluruh dalam segenap lapisan masyarakat majmuk di Malaysia.
Kerencaman kaum harus dijadikan kekuatan serta simbol perpaduan. Seruan dan semangat akan kekal sebagai retorik sekiranya tiada pengamalan yang dilakukan di lapangan.

Maka, seorang pemimpin yang berwibawa sama ada tokoh masyarakat, cendekiawan mahu pun ahli politik harus memainkan peranan yang holistik bagi memastikan perpaduan dalam negara ini tercapai dan berada dalam keadaan yang memuaskan.

Apabila menelusuri teras strategik dalam Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030, ia dilihat signifikan dalam membina budaya dan norma keterbukaan serta toleransi terhadap perbezaan agama dan bangsa, yang mana perkara ini menjadi kekuatan buat negara kita.

Saranan untuk membentuk masyarakat yang menghargai dan mengamalkan perpaduan wajar ditingkatkan. Ia tidak cukup hanya dengan retorik kata-kata di atas pentas semata-mata.

Semua pihak perlu untuk turun ke lapangan mahupun jalanan untuk memastikan saranan ini dapat dicapai dengan kadar yang optimum.

Malaysia harus menjadi negara maju, sejahtera dan terbilang dengan perpaduan semua pihak, bak kata pepatah Melayu, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat atau bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.-UTUSAN

PROFESOR DR. HANIM SALLEH
Naib Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya