Perlu sedia dengar pandangan orang lain - Utusan Malaysia

Perlu sedia dengar pandangan orang lain

PENGANTARA boleh membantu pihak-pihak bertelagah mengenal pasti penyelesaian terbaik yang bersifat menang-menang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PADA 31 Ogos lalu, kita menyambut ulang tahun kemerdekaan negara ke-65 bertemakan Keluarga Malaysia Teguh Bersama. Tema ini memberi erti jika masyarakat dapat bertindak secara bersama, mampu menangani konflik secara harmoni dan saksama.

Selain itu, pertarungan melawan Covid-19 mengajar kita bahawa keprihatinan dan empati amat perlu diterapkan dalam setiap diri masyarakat. Bermula dengan permasalahan antara pasangan suami isteri, keluarga, rakan perniagaan, penyewa dan tuan tanah, kemungkiran kontrak dan kes-kes komersial memerlukan pendekatan sesuai dan mampan terutama pada waktu sukar.

Bebanan ekonomi menambahkan lagi tekanan kepada pihak terlibat. Perbincangan berstruktur dilihat dapat memberikan ruang kepada semua untuk mengenal pasti permasalahan dan mengemukakan penyelesaian.

Bagaimanapun, perbincangan antara kedua-dua pihak terbabit akan gagal jika ada satu pihak yang dominan dan satu lagi terpaksa mendengar dan membenarkan apa sahaja diperkatakan.

Keadaan ini menyebabkan penyelesaian secara damai atau menang-menang tidak dapat dicapai. Untuk itu, perbincangan berstruktur boleh dibantu oleh pihak ketiga iaitu pengantara yang akan membantu mengenal pasti penyelesaian terbaik.

Pengantara harus seorang yang neutral, tidak memihak kepada mana-mana pihak, tidak berkepentingan dan terlatih. Adalah menjadi syarat kepada proses mediasi ini iaitu pengantara perlu menjaga kerahsiaan semua pihak.

Penyelesaian pertikaian secara berhemah dan saksama adalah penting untuk menjamin keharmonian dan kesejahteraan masyarakat. – UTUSAN

DR. NURAH SABAHIAH MOHAMED, Koordinator Unit Kajian Penyelesaian Pertikaian Alternatif, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya