Penting pendidikan seks di sekolah - Utusan Malaysia

Penting pendidikan seks di sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

HARI ini, ramai yang menganggap pendidikan seks bertujuan mempromosikan perlakuan seksual. Ini adalah pandangan yang salah. Malah, terdapat sebahagian guru yang menganggap pendidikan seks tidak penting untuk diajar di sekolah.

Menurut perangkaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 2019, remaja berusia antara 13 dan 15 tahun adalah golongan paling ramai menjadi mangsa rogol iaitu 264 kes atau 57 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Jumlah ini bukan angka yang kecil dan ia mungkin kerana mereka tidak mendapat panduan mengenai perlakuan seksual yang sebenarnya. Oleh itu, pendidikan seks sangat diperlukan di sekolah untuk membendung isu sosial seperti kehamilan remaja dan perkahwinan kanak-kanak.

Dalam membicarakan isu ini, banyak sukatan pelajaran yang boleh diajar dalam pendidikan seks seperti memahami dan mengenal diri secara biologi memandangkan seks bebas semakin berleluasa.

Dalam pada itu, signifikan untuk mengajar pendidikan seks di sekolah adalah untuk mencegah jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Kanak-kanak sering menjadi mangsa kerana mereka sangat kurang pendedahan mengenai tindakan seksual yang salah yang dilakukan terhadap mereka.

Oleh itu, guru-guru disaran untuk mengambil serius mengenai pendidikan seks di sekolah. Berpura-pura buta dengan realiti yang berada di depan mata bukanlah pendidikan.

Apabila sekolah mengambil tanggungjawab dalam mendidik kanak-kanak, mereka mengajar golongan itu untuk melindungi diri mereka sendiri.

Sebagai masyarakat, kita mesti bergerak menghapuskan pantang larang yang tidak berasas tentang pendidikan seks manakala guru-guru harus memberikan pendidikan lebih daripada sekadar memenuhkan subjek pembelajaran akademik. – UTUSAN

HUSNA ABDUL RAZAK, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya