Patologi anatomi amat diperlukan

Patologi anatomi amat diperlukan

HALA tuju patologi anatomi digital masih tidak jelas tanpa dasar atau garis panduan kebangsaan untuk menentukan penggunaan dan pelaksanaannya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BAGI kebanyakan rakyat, isu mengenai patologi anatomi digital atau sebaliknya mungkin kelihatan tidak penting. Bagaimanapun, pakar patologi sebenarnya memainkan peranan sangat penting dalam pengenalpastian atau diagnosis penyakit.

Patologi anatomi ditakrifkan sebagai sains tentang sebab dan akibat sesuatu penyakit, terutama cabang perubatan makmal berkaitan dengan ujian sampel tisu badan untuk tujuan diagnostik atau forensik.

Melalui cara inilah pakar patologi memenuhi keperluan setiap disiplin dan pengkhususan perubatan dengan kepakaran mereka. Bagaimanapun, Malaysia hanya mempunyai kira-kira 300 pakar patologi anatomi yang berkhidmat untuk 32.7 juta penduduk.

Setiap pesakit mengharapkan mereka menerima penjagaan kesihatan berkualiti merangkumi diagnosis yang tepat tentang keadaan kesihatan. Pada masa sama, pakar patologi perlu meneliti berdozen-dozen slaid untuk satu-satu kes. Didarabkan dengan jumlah kes yang ada di hospital besar, ini bermakna mereka perlu memeriksa beratus-ratus slaid dalam satu minggu.

Walaupun ramai yang berminat untuk membina momentum ini, namun hakikatnya patologi anatomi digital masih berada di peringkat awal, bukan sahaja di Malaysia bahkan di kebanyakan negara di dunia dan hala tujunya masih tidak jelas tanpa dasar atau garis panduan kebangsaan untuk menentukan penggunaan dan pelaksanaannya.

Dasar tersebut penting bagi membantu menangani pelbagai pertimbangan dan implikasi membabitkan patologi anatomi digital. Ini termasuklah dari aspek teknikal seperti jenis peralatan, perisian, format imej, keterhubungan dan penyimpanan data kepada keperluan latihan dan pelbagai perkara membabitkan etika khususnya berkenaan pengumpulan dan privasi data serta semua risiko dan implikasi undang-undang berkaitan.

Dalam kata lain, untuk memacu bidang ini ke hadapan, kerjasama antara industri sangat penting di mana pendidikan dan latihan memainkan peranan utama dalam membina generasi patologi, pembangun perisian, juruteknik dan pakar-pakar lain pada masa hadapan yang akan menggunakan dan mengekalkan infrastruktur patologi anatomi digital. -UTUSAN

INSTITUT PENYELDIKAN, PEMBANGUNAN & INOVASI (IRDI) IMU dan KONSORTIUM MMU-UKM-IMU ARTIFICIAL INTELLIGENCE FOR DIGITAL PATHOLOGY (AI4DP)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya