Malaysia sedang 'berperang' krisis ilmu

Malaysia sedang ‘berperang’ krisis ilmu

SEJAK kedatangan Islam, kehidupan harian masyarakat Melayu dan adat istiadat yang bertentangan dengan akidah ditinggalkan secara beransur-ansur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ILMUWAN silam dan kontemporari sering membincangkan kepentingan ilmu dalam kehidupan. Malah ilmu turut berfungsi sebagai kunci sebuah kebebasan dan kemerdekaan. Ilmu telah terbukti berjaya membebaskan minda dari penjajahan sebuah kejahilan yang merupakan faktor keruntuhan sesebuah tamadun.

Kedatangan Islam telah membebaskan masyarakat Arab daripada belenggu kejahilan dan menyinari pemikiran mereka dengan ilmu benar tentang konsep ketuhanan.

Kepentingan ilmu tergambar dalam wahyu yang pertama diturunkan kepada Baginda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Baca dengan nama RabbMu Yang Menciptakan” (al-`Alaq: 1).

Tiang seri ini memainkan peranan dalam memastikan solidariti dan kelestarian sebuah kemerdekaan bagi diri, keluarga, masyarakat, ummah dan negara.

Ilmu yang menjaga akal, emosi, fizikal dan spiritual seorang insan yang selari dengan ajaran Islam iaitu ilmu dunia dan akhirat. Ilmu yang memperkasakan pembinaan tamadun ummah dan menjamin kehidupan yang tenang dan menenangkan.

Ketenangan yang menenangkan melahirkan kebahagiaan yang mendorong produktiviti dan kreativiti serta menghasilkan inovasi yang cemerlang dan gemilang.

Kini Malaysia berada dalam keadaan yang aman namum mendepani ‘peperangan’ dari sudut pandang yang berbeza dek tahap ilmu yang tidak seimbang terutamanya dalam pembangunan jati diri bangsa berilmu yang tidak mudah goyah dipengaruhi oleh provokasi nilai-nilai negatif dan merugikan seperti materialistik, individualistik dan sarkastik.

Rasulullah SAW merupakan model akhlak yang baik dan benar sebagaimana perakuan daripada Allah SWT. Ayuh kita semua menyulam adab dan akhlak yang baik dalam pakaian harian bangsa Malaysia agar kekal sebagai suatu cara hidup yang boleh menjamin keharmonian dan kemajuan negara ke arah yang lebih cemerlang dan gemilang.

Bak kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad suatu ketika dahulu “Malaysia Boleh”.

Justeru kita tekadkan azam untuk terus fokus menyumbang ke arah pembangunan insan dengan ilmu, amal dan adab pasti kejayaan dalam genggaman semua ahli Keluarga Malaysia yang tercinta.-UTUSAN

DR. AIZAN BT ALI@ MAT ZIN
Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah dan Tamadun
Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya