Kesedaran bayar zakat masih rendah - Utusan Malaysia

Kesedaran bayar zakat masih rendah

SELAIN zakat fitrah, kesedaran tentang kewajipan membayar zakat harta perlu ditingkatkan dalam kalangan rakyat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KHUTBAH Jumaat di Perak baru-baru ini menekan mengenai kepentingan dan kesedaran menunaikan zakat. Institusi zakat sememangnya penting sebagai badan yang berada di barisan hadapan, bergerak membantu dan menyantuni rakyat yang memerlukan bantuan.

Akibat pandemik Covid-19, institusi zakat di seluruh negara telah menyalurkan hampir RM200 juta bantuan kepada asnaf dan golongan yang terkesan. Di Perak, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) mengagihkan zakat mencecah RM20 juta khusus kepada mereka yang terdesak dan sangat memerlukan bantuan.

MAIPk telah mewujudkan pelbagai jenis bantuan, merangkumi bantuan bulanan untuk menampung kehidupan, bantuan kecemasan, bantuan bina rumah, bantuan pulih rumah, persekolahan, pendidikan, rawatan perubatan dan lan-lain.

Wang zakat yang diagihkan kepada asnaf yang berhak, datangnya daripada kutipan zakat harta, zakat pendapatan, zakat simpanan, zakat perniagaan, zakat tanaman, zakat pelaburan, zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain lagi.

Pada 2021, 95 peratus atau RM187 juta kutipan zakat di negeri itu datangnya daripada zakat harta, hanya lima peratus atau RM10 juta hasil kutipan daripada zakat fitrah.

Pada masa ini, daripada 400,000 orang Islam di Perak dalam kategori yang berkeupayaan membayar zakat harta, hanya 80,000 orang atau 20 peratus sahaja yang membayar zakat harta di MAIPk.

Keadaan ini menunjukkan kesedaran dan pengetahuan tentang kewajipan membayar zakat harta masih rendah dalam kalangan rakyat. Angka kutipan dan bayaran zakat boleh dianggap sebagai petunjuk pencapaian ekonomi umat Islam.

Semakin tinggi tahap pendapatan masyarakat Muslim dalam sesebuah negara, sepatutnya semakin banyak hasil kutipan zakat diperoleh untuk diagih dan dimanfaatkan kepada ahli masyarakat yang memerlukan.

Namun, keseimbangan agihan nikmat sukar dicapai semata-mata dengan berlakunya peningkatan pendapatan, jika tidak ada kesedaran dalam kalangan umat Islam untuk menunaikan zakat harta.

Oleh itu, usaha perlu ditingkatkan untuk menyedarkan lebih ramai umat Islam supaya bersedia beramal menginfakkan kepada golongan yang memerlukan. – UTUSAN

MOHD. YAKOP IKRAM, Ipoh, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya