Kerajaan Ismail Sabri tidak gagal - Utusan Malaysia

Kerajaan Ismail Sabri tidak gagal

PENINGKATAN nilai ringgit adalah lebih tinggi berbanding mata wang yen, paun dan euro.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEJAK akhir-akhir ini, berlegar kenyataan akhbar yang menyatakan kerajaan sekarang gagal menguruskan ekonomi negara dengan baik sehingga ada yang mengatakan elok disegerakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) supaya wujud kerajaan baharu yang lebih cekap.

Saya tidak bersetuju dengan pandangan pihak-pihak berkenaan kerana keadaan ekonomi negara yang dipimpin Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah lebih baik berbanding Perdana Menteri sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pertama, ketika Muhyiddin menjadi Perdana Menteri dengan dasar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak konsisten yang sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjunam kepada -5.5 peratus pada 2020.

Pada era Ismail Sabri pula, walaupun berlaku kerosakan ekonomi lampau ketika ditadbir Muhyiddin, beliau berjaya memperkembangkan ekonomi negara dengan KDNK sekarang adalah 8.9 peratus dan kadar ini merupakan tertinggi di seluruh ASEAN.

Kedua, sebelum Barisan Nasional (BN) hilang kuasa pada 2018, nilai mata wang ringgit adalah pada kadar 3.86 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS). Namun, selepas Muhyiddin mengambil alih pemerintahan, mata wang negara kita susut sampai ke tahap 4.39 berbanding dolar. Ini merupakan peningkatan sebanyak 53 sen.

Ketika pendapat ini ditulis, tukaran ringgit berbanding dolar adalah pada kadar 4.55 sen yang sebenarnya hanya peningkatan sebanyak 16 sen berbanding zaman pentadbiran Muhyiddin.

Yang bezanya, pada zaman Muhyiddin, nilai mata wang kita adalah tercorot di Asia berbanding sekarang meningkat berbanding yen, paun dan euro. – UTUSAN

SHEN YEE AUN, Presiden Pertubuhan Hak Belia Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya