Keprihatinan kerajaan dihargai penjawat awam

Keprihatinan kerajaan dihargai penjawat awam

Cuepacs tuntut kenaikan gaji RM300 dan bonus sebulan setengah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PADA kesempatan ini, saya mewakili rakan-rakan dalam sektor awam menzahirkan ucapan penghargaan tidak terhingga kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Jabatan Perkhidmatan Awam; Kongres Kesatuan Sekerja dalam Sektor Awam (CUEPACS) dan individu yang berusaha menyumbangkan idea dan sarana dalam memberikan pembelaan terbaik terhadap saraan serta kebajikan penjawat awam khususnya Gred 56 dan ke bawah.

Pengumuman Perdana Menteri dalam ucapannya sempena Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-18 di Pusat Konvensyen Putrajaya pada 30 Ogos lalu mendapat reaksi positif dan diisifatkan sebagai hadiah sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Sebagai warga perkhidmatan awam Keluarga Malaysia, kita sentiasa sedar dan memahami kedudukan semasa kewangan serta permasalahan dihadapi kerajaan dalam mentadbir urus negara tercinta.

Negara baru sahaja berhadapan ancaman wabak Covid-19 dan banyak sumber kewangan kerajaan dibelanjakan bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat termasuklah menyalurkan pelbagai pakej bantuan.  Pemberian ini dikenang sepanjang hayat bahawa kerajaan sentiasa prihatin.

Syukur, kali ini Gantian Cuti Rehat (GCR) ditambah 20 hari. Malah ia boleh ditukar kepada wang tunai sebagai faedah persaraan para penjawat awam nanti.

Golongan pendidik pula ditambah cuti lima hari yang juga boleh disimpan untuk faedah persaraan atau digunakan bagi mereka yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun. Bagi yang telah mencapai gaji maksimum pula akan ditambah lagi kenaikan tiga peratus atau disediakan mata gred gaji baharu.

Perluasan taksiran keluarga dipanjangkan bagi kemudahan Cuti Tanpa Rekod urusan kematian ahli keluarga terdekat. Ini menepati Aspirasi Keluarga Malaysia yang diperjuangkan Perdana Menteri dalam visi kepimpinannya.

Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 untuk penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56 akan dibayar mulai Januari depan. Ini akan meningkatkan kuasa beli hingga memberi implikasi semasa persaraan penjawat awam nanti.

Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023 dibayar kepada anggota Gred 56 ke bawah berjumlah RM700 dan RM350 bagi pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen yang akan diberi pada Januari 2023. Ini membuktikan kerajaan tidak mengabaikan golongan berpendapatan rendah dan golongan M40 yang turut menyumbang kepada pembayaran cukai pendapatan kepada negara.-UTUSAN

YOSRI ABU MAHSIN
Putrajaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya