Jadilah pembeli yang bijak - Utusan Malaysia

Jadilah pembeli yang bijak

SELALUNYA jualan murah diadakan semata-mata untuk menarik para pembeli memasuki kedai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PAKAR-PAKAR pasaran mengatakan 70 peratus daripada penjualan runcit adalah berdasarkan penjualan serta-merta. Dengan perkataan lain, pembeli membeli 70 peratus daripada barang-barang keperluan secara mendadak. Ramai orang terjerumus ke dalam ‘gaung ini’ tanpa mereka sedari.

Justeru, pengguna perlu membeli dengan bijak dengan hanya membeli barangan yang diperlukan dan jangan membeli lebih daripada itu.

Jangan mudah tertarik dengan barangan tambahan seperti gula-gula, minuman ringan, bungkusan makanan dan lain-lain yang memang sengaja diletakkan di merata tempat di kedai atau pasar raya.

Dengan mengelakkannya, kita boleh ‘menyelamatkan’ wang dan menjadi lebih sihat. Pun begitu, makanan ringkas yang siap sedia boleh dibeli. Barang-barang itu biasanya tidak begitu mahal dan mengandungi khasiat pula.

Bagaimanapun, makanan dari jenis ini tidak dapat mengatasi makanan yang dimasak sendiri, baik dari segi harga mahupun zat.

Setengah-setengah makanan ringkas dan siap sedia itu berharga tujuh hingga 10 kali ganda lebih mahal berbanding dengan makanan mentah yang kita beli dan masak sendiri.

Tambahan pula sebahagian daripada khasiat yang terkandung dalam makanan-makanan ringkas dan siap sedia itu telah lenyap dalam proses penyediaannya. Pembeli yang bijak akan mengelak makanan-makanan seumpama itu.

Oleh itu, jangan jadikan kebiasaan untuk berbelanja lebih ketika musim perayaan atau tawaran istimewa. Jangan mudah terpengaruh dengan iklan atau promosi untuk melariskan produk.

Ingatlah, selalunya jualan murah diadakan semata-mata untuk menarik para pembeli memasuki kedai. Menurut kajian yang telah dibuat oleh pakar-pakar pasaran, pengguna yang ke kedai ketika jualan murah biasanya terpengaruh untuk membeli barangan yang tidak diperlukannya.

Sebab itu, sekarang ini semakin ramai pengguna membeli dan menggunakan barangan serta perkhidmatan yang kurang bermutu dan tidak diperlukan. – UTUSAN

BULBIR SINGH, Bekas Presiden Persatuan Pengguna Negeri Sembilan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya