Benar pakai pakaian sukan sepanjang masa - Utusan Malaysia

Benar pakai pakaian sukan sepanjang masa

MURID lebih selesa untuk berpakaian sukan ke sekolah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

LANGKAH kerajaan membenarkan memakai kasut hitam di sekolah rendah dan menengah harus diperluaskan dengan membolehkan murid membuat pilihan sama ada memakai pakaian sukan atau seragam sekolah ketika sesi pembelajaran.

Pada masa sekarang untuk mengikuti kelas Pendidikan Jasmani yang merupakan salah satu mata pelajaran dalam kurikulum sekolah rendah dan menengah, serta mengikuti sesi latihan sebagai persediaan untuk hari sukan sekolah, para murid diberikan kelonggaran untuk memakai pakaian sukan ke sekolah.

Berbanding dengan hari-hari persekolahan lain, murid-murid perlu memakai pakaian seragam sekolah. Persoalannya, adakah relevan pemakaian baju sukan ke sekolah di Malaysia?

Melihat kepada beberapa faktor, langkah memberi murid pilihan memakai baju sukan ke sekolah pada sepanjang masa adalah relevan dan sesuai pada masa kini.

Ini berdasarkan beberapa sebab termasuk keadaan panas yang sangat sesuai dengan fabrik kain kapas pakaian sukan yang mesra pengguna dan sesuai dengan pelbagai iklim.

Murid yang aktif bergerak dan menjalankan aktiviti-aktiviti fizikal sangat mudah untuk berpeluh pada cuaca yang panas. Oleh itu, pemakaian fabrik jenis ini sangat sesuai dan memberikan keselesaan kepada mereka sepanjang berada di sekolah.

Bukan sama sekali untuk menyatakan tidak bersetuju terhadap keseragaman dan kepentingan bagi para murid mematuhi peraturan dan etika pemakaian seragam sekolah.

Namun, melihat kepada faktor-faktor dan juga amalan negara lain, tidak salah untuk Kementerian Pendidikan mempertimbangkan pemakaian baju sukan ke sekolah terutamanya kepada murid di sekolah rendah.

Untuk keseragaman semua murid, mungkin pemakaian uniform sekolah diwajibkan pada hari perhimpunan sekolah iaitu hari Isnin atau pada hari-hari tertentu. – UTUSAN

IBU PRIHATIN, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya