Terapi seni mampu rawat kemurungan

Terapi seni mampu rawat kemurungan

SENI dan budaya tradisional perlu diberi nafas baharu supaya berkembang dalam konteks rawatan jiwa moden.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TERAPI seni sebagai satu intervensi rawatan dalam kesihatan mental yang menggunakan pendekatan seni ekspresif sebagai alat berkomunikasi atau medium luahan emosi mampu meredakan tekanan, kemurungan, kemarahan serta membantu meningkatkan keyakinan diri.

Tidak hairanlah terapi seni diangkat sebagai kaedah rawatan sempena majlis pelancaran Monograf Budaya Sembang Bukan Gebang (SBG) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) oleh Sasterawan Negara, Datuk Dr. Siti Zainon Ismail di Istana Budaya, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Monograf ini memuatkan 16 bab hasil buah fikir budayawan, cendekiawan dan penggiat seni tanah air termasuk Terapi Seni Dalam Perubatan Melayu: Benar Atau Sekadar Gimik? hasil tulisan Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Pendidikan Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Azizah Abdullah.

Menurut Azizah, terapi seni merupakan kaedah kreatif dengan mencipta imej visual melalui contengan, melukis, mewarna, melakar, penulisan kreatif, tarian, muzik, nyanyian, drama, permainan dan pelbagai bentuk ekspresi kreatif.

Jelasnya, ia digunakan secara meluas dalam disiplin kaunseling, psikologi, kerja sosial, pendidikan, pembangunan sumber manusia, perundingan, keibubapaan dan kesihatan mental di negara-negara Barat.

Terapi seni yang merangkumi pelbagai modaliti dan pendekatan kreatif mampu diketengahkan sebagai alternatif rawatan jiwa, meningkatkan kesejahteraan diri dan terapi penjagaan kendiri yang terbukti melalui kajian saintifik dijalankan secara meluas di seluruh dunia.

Seni dan budaya tradisional tanah air juga boleh diketengahkan sebagai terapi di persada dunia, sepertimana terapi batik dan alatan muzik tradisional daripada buluh serta tempurung yang digunakan dengan meluas di United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Seni dan budaya tradisional perlu diberi nafas baharu supaya tidak berkembang dalam ruang lingkup penggiat seni sahaja tetapi dapat diaplikasikan dalam konteks rawatan jiwa moden seperti kaunseling, psikologi, pembangunan sumber manusia, pendidikan, psikoterapi dan psikiatri.

Rawatan ini boleh disasarkan kepada sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak dan dewasa yang bersedia dan terbuka menggunakan pendekatan kreatif untuk kesejahteraan diri tanpa ada persepsi atau interpretasi pihak yang membantu.-UTUSAN

Siti Fatimah Abdullah
Universiti Utara Malaysia (UUM).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya