Segera laksanakan akta babitkan pembahagian serta tunggakan harta pusaka

Segera laksanakan akta babitkan pembahagian serta tunggakan harta pusaka

KELEWATAN pengurusan harta pusaka menyukarkan ahli keluarga mengagihkan harta simati. -GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MENTERI Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan ketika sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat pada Mac lalu mengatakan bahawa tidak timbul isu kekeliruan bidang kuasa agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan proses pembahagian harta pusaka.

Malah beliau menegaskan setiap agensi mempunyai bidang kuasa tersendiri termasuk dalam menguruskan pembahagian harta pusaka orang Islam dan agama lain.

Namun persoalannya mengapakan akta tersebut yang telah diluluskan pada persidangan Parlimen masih belum digunakan terutama pindaan bidang kuasa Unit Hartanah Pusaka, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (P) (JKPTG) untuk menerima permohonan dari waris jika simati hanya mempunyai harta alih ( duit atau kenderaan ) sahaja dan jumlah nilai harta adalah RM 5 juta.

Pada Oktober tahun lalu ketika membentangkan pindaan Rang Undang-undang Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 2021, beliau memberitahu waris yang tidak mempunyai harta tak alih boleh mendapatkan perkhidmatan pembahagian pusaka daripada kerajaan.

Katanya, bidang kuasa ‘harta pusaka kecil’ diperluaskan bagi meliputi semua jenis harta dan tidak lagi tertakluk kepada syarat simati mesti meninggalkan harta tak alih seperti sedia ada melalui pindaan Subseksyen 3(2) sekali gus memberi lebih kemudahan kepada kelompok rakyat yang tidak memiliki harta tak alih seperti rumah atau tanah.

Apakah halangan yang berlaku sehingga akta baharu ini yang memberikan impak besar kepada waris dalam pembahagian harta pusaka belum dapat dilaksanakan? Apakah terdapat kekangan dari segi tenaga kerja, pengurusan atau beban untuk menjalankan tanggungjawab pindaan akta tersebut?

Sebagai kakitangan pejabat peguam yang sering berurusan di unit tersebut termasuk waris simati yang lain tentulah sentiasa menunggu pelaksanaan akta ini yang diuar-uarkan akan memudahkan waris memohon pembahagian harta pusaka walaupun simati hanya mempunyai harta alih.

Sekiranya terdapat kelemahan operasi, maka perlulah dibaiki dengan segera bagi mencapai aspirasi Keluarga Malaysia. Semoga masalah kelewatan memproses bagi tuntutan harta pusaka dapat diselesaikan selepas Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA) menambah perjawatan secara kontrak bagi merealisasikan pencapaian aspirasi ini.

Pihak JKPTG perlu memandang serius kelewatan pelaksanaan pindaan akta ini demi kebaikan semua pihak yang berkepentingan. -UTUSAN

PERUNDING PUSAKA
Seri Kembangan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya