Sediakan peruntukan latihan pekerja

Sediakan peruntukan latihan pekerja

KOMITMEN daripada pengurusan organisasi sangat penting dalam menyediakan program latihan yang bersesuaian bagi meningkatkan produktiviti pekerja.- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

LATIHAN adalah suatu proses bagi pekerja dalam sesebuah organisasi memperoleh pengetahuan, mempertingkatkan kecekapan dan kemahiran serta mengamalkan tingkah laku yang boleh meningkatkan prestasi dalam pekerjaan. Program latihan boleh dilaksanakan sama ada secara formal atau tidak formal.

Program latihan yang dirancang oleh pengurusan boleh mencetus transformasi dan menggalakkan inovasi dalam proses penjanaan idea, pengkomersilan idea dan penyelesaian masalah.

Komitmen daripada pengurusan organisasi sangat penting dalam menyediakan program latihan yang bersesuaian, bukan sahaja bertujuan mempertingkatkan produktiviti kerja tetapi sebagai keperluan bagi pembangunan kerjaya pekerja.

Dalam cabaran pekerjaan semasa, banyak organisasi melihat kepentingan program latihan yang sistematik untuk mempertingkatkan kecekapan pekerja dalam mencapai matlamat syarikat sehingga memperuntukkan kos perbelanjaan khusus.

Dalam berhadapan situasi semasa yang kian mencabar, banyak organisasi memberikan peluang kepada pekerja untuk bekerja dari rumah. Namun, sejauh manakah pencapaian prestasi pekerja dan organisasi dapat dipertingkatkan dan dipantau? Adakah pekerja bersedia dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk bekerja dari rumah? Dan sejauh mana kebersediaan organisasi memantau prestasi pekerja yang sudah pasti boleh memberikan kesan kepada pencapaian prestasi organisasi khususnya?

Selain itu, kerap kali menjadi topik hangat adalah petunjuk prestasi yang lemah apabila pekerja tidak mampu menyiapkan atau sikap bertangguh-tangguh terhadap sesuatu tugasan diberikan, tidak dapat memenuhi tarikh akhir, tidak mempunyai kepakaran menggunakan perisian atau teknologi semasa yang boleh membantu menghasilkan kerja produktif dan kreatif.

Pekerja adalah aset penting dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Penting bagi organisasi untuk mempunyai program latihan bersesuaian agar selari dengan perancangan strategik untuk dicapai, teknologi semasa, kreativiti dan inovasi pekerja.

Kesimpulannya, organisasi yang menitikberatkan kepentingan latihan dan bersedia memperuntukkan suatu jumlah perbelanjaan sebagai pelaburan dan disokong pula dengan iklim syarikat.
Pengukuran prestasi kerja dan pencapaian objektif organisasi dapat dilihat kepada peningkatan hasil produktiviti, keuntungan diperoleh, kepuasan bekerja, penghasilan produk baharu serta peningkatan prestasi individu.-UTUSAN

NOOR SHARULNIZA SAU HAMID
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Cawangan Terengganu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya