SAUDARA PENGARANG,
SAYA terpanggil mengucapkan syabas kepada pihak Sekretariat Expo Malaysia Agriculture, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2022, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) atas kejayaan penganjuran berptestij Expo MAHA 2022 mulai 4 hingga 14 Ogos lalu di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).
Sekretariat MAHA yang dipengerusikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee membawa keberhasilan dan penganjuran yang baik bagi manfaatkan rakyat serta pemain industri agro makanan negara ini.
Expo MAHA 2022 ini disempurnakan Perasmian oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 6 Ogos lalu berlangsung dengan cemerlang. Perdana Menteri membuat pengumuman-pengumuman penting dalam ucapan perasmiannya.
Sehingga 14 Ogos bilangan pengunjung yang direkodkan secara fizikal seramai 1.4 juta orang termasuk pengunjung virtual seramai 266,321 orang. Dari aspek jualan keseluruhan direkodkan sebanyak RM260 juta jualan langsung, termasuk . RM25,270,436.35 jualan secara atas talian. Direkodkan padanan perniagaan RM234,985,432.10 manakala sebanyak 33 memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani. Dari aspek pembiayaan pula sebanyak RM460.8 juta dengan 2,947 permohonan direkodkan. Kesemua rekod ini mengatasi rekod 4 tahun sebelum ini.
Penganjuran kali ini adalah terbaik dengan naratif menurunkan harga makanan agro dan memastikan sekuriti makanan selaras temanya Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan. Mesej MAFI adalah tuntas menyeru dan mengajak Keluarga Malaysia untuk Jihad Inflasi melalui kegiatan bertani di rumah.-UTUSAN
YOSRI ABU MAHSIN
Putrajaya.