Beli sekurang-kurangnya jaket keselamatan

Pastikan kita memiliki jaket keselamatan

SUDAH tiba masa orang ramai memiliki alat atau jentera pengangkutan air sendiri, sekurangkurangnya jaket keselamatan dan sampan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BEBERAPA bulan lagi, Malaysia akan mengalami perubahan cuaca dari musim panas ke musim Monsun Timur Laut yang kebiasaannya menerima hujan lebat dan boleh berlaku banjir.

Justeru, orang ramai sewajarnya menukar minda dan cara supaya sentiasa bersedia dengan usaha sendiri tanpa mengharap sepenuhnya bantuan pihak lain khususnya daripada kerajaan apabila menghadapi bencana.

Tidak dinafikan selama ini agensi kerajaan bertanggungjawab dalam membantu, menyelamat dan menjaga kebajikan rakyat dalam apa jua tragedi atau bencana sama ada yang boleh diramal atau tidak.

Jabatan Meteorologi saban hari mengeluarkan laporan cuaca di media cetak dan elektronik. Hebahan semakin kerap pada musim monsun iaitu antara Oktober hingga Mac. Ini bermakna banjir adalah antara bencana yang boleh di jangka walaupun kadang-kadang tidak terjadi. Sepatutnya semua pihak bersedia lebih awal terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan rendah, berdekatan sungai atau laut.

Sudah tiba masa untuk rakyat memiliki alat atau jentera pengangkutan air sendiri, sekurang-kurangnya jaket keselamatan dan sampan. Lebih baik lagi jika mampu memiliki rakit getah atau bot berenjin terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan berisiko tinggi.

Dalam masa sama, kerajaan juga perlu memberi insentif kepada pengilang, pembuat, pemborong dan pembekal jaket keselamatan, rakit getah atau pembuat sampan atau bot gentian kaca dengan memberi insentif supaya mampu dibeli oleh rakyat.

Rakit getah dan jaket keselamatan mungkin lebih mudah untuk dimiliki dan disimpan di setiap rumah. Sekurang-kurangnya sebuah rakit getah bagi nisbah setiap lima buah rumah dalam sesebuah kampung atau taman perumahan pun sudah memadai.-UTUSAN

TEROPONG DO RE MI
Setapak, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya