Pelik samseng jalanan dianggap budaya normal - Utusan Malaysia

Pelik samseng jalanan dianggap budaya normal

KES pelanggaran peraturan jalan raya semakin menjadi-jadi termasuk memotong menggunakan lorong kecemasan. – UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KEBELAKANGAN ini, kes-kes pelanggaran peraturan jalan raya dilihat semakin menjadijadi termasuk tidak mematuhi lampu isyarat, memandu secara berbahaya dan memotong menggunakan lorong kecemasan.

Budaya samseng jalanan ini dilakukan segelintir pemandu seolah-olah mereka tidak takut dengan undang-undang sedia ada.

Terdapat kes di mana berlaku situasi pergaduhan antara pemandu tidak bertanggungjawab ini dengan pemandu lain apabila tingkah laku salah mereka ditegur.

Situasi lebih membimbangkan adalah apabila mereka seolah-olah mempunyai pemikiran bahawa tingkah laku tidak bertanggungjawab tersebut sebagai bukan suatu kesalahan sebaliknya sesuatu yang normal dalam masyarakat.

Malah terdapat dalam kalangan individu tidak bertanggungjawab ini membuat ugutan kepada pihak lain apabila mengetahui tingkah laku mereka dirakam untuk dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Tindakan salah yang dinormalisasikan ini wajar diperbetulkan. Menerusi penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat di samping penetapan hukuman lebih berat, kebarangkalian tinggi golongan tidak bertanggungjawab ini secara psikologinya lebih berfikir panjang untuk melanggar peraturan jalan raya secara sesuka hati.

Di samping itu, kerajaan juga disaran memperbanyakkan semula kempen keselamatan jalan raya di negara ini menerusi penggunaan platform media elektronik, media cetak dan media sosial sebagai peringatan kepada masyarakat.

Dengan cara ini, kes pelanggaran peraturan jalan raya boleh dikurangkan. – UTUSAN

DR. MOHAMAD HAFIFI JAMRI & DR. NURZALI ISMAIL, Pensyarah kanan pengajian komunikasi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya