Krisis makanan di Malaysia tidak serius

Krisis makanan di Malaysia tidak serius

PENGELUARAN sayur-sayuran di negara ini adalah di bawah potensi sebenar walaupun kita mempunyai tanah subur dan alam semula jadi sesuai. – GAMBAR HIASAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KRISIS makanan di Malaysia bukanlah serius seperti keadaan kekurangan bekalan makanan dan kebuluran yang dialami oleh beberapa negara miskin di benua Afrika dan Asia.

Masalah yang dialami kita sekarang lebih kepada kenaikan harga bahan makanan, ketidakmandirian atau tahap kecukupan diri rendah bagi sesetengah bahan makanan.

Punca krisis ini meliputi faktor luaran dan dalaman, kompleksiti sistem makanan, keperluan kelestarian, berdaya tahan dan isu kesetaraan.

Kegagalan Malaysia untuk mengeluar bahan makanan secukupnya untuk memenuhi permintaan dalam negara, misalnya dapat dilihat pada tahap kemandirian pengeluaran (SSL) yang rendah.

Pada 2020, SSL bagi bahan makanan tertentu seperti beras (63%), susu (64%), sayur-sayuran (45%), daging lembu (21%), daging kambing (9%), buah-buahan (78%) dan ikan (95%). Penawaran adalah di bawah permintaan yang perlu ditampung melalui import.

Kebergantungan kepada import makanan dan juga import input seperti baja adalah tinggi sehingga menyebabkan defisit imbangan perdagangan bahan makanan mengalami kenaikan 48% antara 2017-2021.

Indeks Harga Pengguna atau inflasi mencatatkan kenaikan 2.2% pada April lalu manakala kenaikan bahan makanan adalah lebih tinggi pada 4.1%.

Pengeluaran bahan makanan negara adalah di bawah potensi sebenar walaupun kita mempunyai tanah subur dan alam semula jadi sesuai bagi mengeluarkan sendiri sayur-sayuran, buah-buahan dan ternakan.

Penggunaan teknologi adalah rendah dan pengeluaran input-input pertanian juga sedikit sehingga menyebabkan Malaysia kehilangan daya saing dalam pengeluaran bahan makanan. – UTUSAN

PROFESOR DATIN PADUKA DR. FATIMAH ARSHAD, Universiti Putra Malaysia (UPM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya