Kenapa Celcom tiada resit bayaran?

Kenapa Celcom tiada resit bayaran?

LANGKAH Celcom dalam penjimatan kertas dengan tidak mengeluarkan resit pembayaran hanya menyukarkan pelanggan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-BARU ini, saya membuat bayaran bil bulanan di Pusat Celcom Cawangan Muar, Johor. Namun, sejak akhir-akhir ini didapati Celcom tidak lagi mengeluarkan resit apabila pelanggan membuat bayaran bil.

Apabila ditanya kepada kakitangan Celcom, mereka hanya mengatakan pengesahan bayaran akan diberitahu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Sepatutnya apabila kita membuat bayaran di kaunter, syarikat perlulah mengeluarkan bukti penerimaan wang tersebut. Ini bagi mengelak sekiranya ada perkara-perkara berbangkit di kemudian hari, malah ia merupakan bukti amat penting.

Adakah Celcom takut ‘bankrap’ sekiranya perlu mengeluarkan kertas penerimaan resit sepanjang dua inci seperti yang dilakukan di kedai-kedai runcit, kedai makan dan sebagainya? Apakah alasan syarikat telekomunikasi itu berbuat demikian?

Tidakkah mereka mengetahui bahawa resit pembayaran melalui SMS akan menyukarkan pelanggan dalam hal-hal tertentu seperti membuat tuntutan dan sebagainya?

Sebagai pelanggan, kami hanya meminta Celcom mengeluarkan resit penerimaan sekiranya bayaran dibuat di Pusat Celcom dan langkah ini akan memudahkan pelanggan.

Walaupun ada yang beranggapan resit ini merupakan perkara remeh tetapi ia adalah satu bukti penting pembayaran sekiranya sistem yang diguna pakai syarikat telekomunikasi itu mengalami gangguan sehingga menindakkan pembayaran yang pernah dibuat pelanggan.-UTUSAN

PELANGGAN CELCOM
Muar, Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya