Jangan pandang remeh isu kesihatan mental

Jangan pandang remeh isu kesihatan mental

KES bunuh diri dengan cara terjun dari jambatan agak kerap berlaku di Pulau Pinang. – UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ISU kesihatan mental tidak boleh dipandang remeh oleh semua pihak memandangkan laporan berita yang dikeluarkan dari semasa ke semasa menunjukkan gejala ini semakin serius.

Berdasarkan laporan terbaru yang dikeluarkan pada Jun lalu, secara purata 77 orang membunuh diri setahun dalam tempoh tiga tahun sehingga Mei 2022 di Pulau Pinang. Kes bunuh diri dengan cara terjun dari jambatan merupakan antara yang agak kerap berlaku di negeri itu sehingga mendapat perhatian ramai pihak.

Antara punca yang menyumbang kepada kes bunuh diri ini adalah masalah kewangan dalam keluarga, bebanan hutang tinggi selepas kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan, tekanan dan kemurungan melampau serta kehilangan semangat untuk meneruskan kehidupan.

Kegagalan berfikir dengan baik akhirnya membawa kepada kehilangan pertimbangan diri sekali gus mendorong kepada perbuatan tidak diingini tersebut.

Dalam tempoh yang sukar ketika fasa endemik Covid-19 dan inflasi ini, kesihatan mental ternyata suatu perkara yang amat penting untuk dijaga.

Sokongan dan motivasi yang diberikan kepada satu sama lain, baik sesama ahli keluarga atau sesama anggota masyarakat sekurang-kurangnya berupaya melahirkan semangat positif dalam meneruskan kehidupan di era norma baharu ini.

Semestinya perubahan yang perlu dilakukan ini bukanlah suatu hal yang mudah dalam menukarkan gaya hidup rutin harian kepada gaya hidup baharu.

Ketahanan mental untuk mengharungi setiap permasalahan dalam tempoh fasa-fasa melandaikan jumlah kes harian Covid-19 ini dirujuk sebagai amat penting.

Usaha kerajaan melalui pelaksanaan Talian Kasih 15999 yang berfungsi sebagai Talian Khas Kaunseling Covid-19 wajar disokong dan dihebahkan dengan lebih meluas di media arus perdana serta media baharu bagi membolehkan lebih ramai masyarakat tampil dan mendapatkan khidmat tersebut.-UTUSAN

DR. MOHAMAD HAFIFI JAMRI
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka, Kampus Alor Gajah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya