‘Golongan kayangan’ rasuah paling bahaya?

‘Golongan kayangan’ rasuah paling bahaya?

Soalan berbelit barangkali bertujuan memastikan murid benar-benar menguasai subjek. GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MUTAKHIR ini, kita diperingatkan oleh banyak golongan tentang bahaya rasuah pada sesebuah negara. Sedar atau tidak sedar, sebenarnya golongan yang mengambil rasuah ataupun penerima rasuah boleh dikategorikan sebagai tiga prinsip.

Pertama, ‘golongan kayangan’ yang apabila ditawarkan rasuah, dia tengok, ambil dan buat harta. Golongan ini sangat bahaya.

Kedua, ‘golongan aras langit.’ Golongan ini apabila ditawarkan rasuah, dia tengok, dia tidak ambil tetapi tidak melaporkan kesalahan ini kepada pihak sewajarnya. Golongan ini pun sikit bahaya sebab mementingkan diri.

Ketiga, ‘golongan langit bumi’ yang apabila ditawarkan rasuah, dia tengok, tidak ambil dan membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Kanak-kanak sekolah harus diterangkan mengenai bahaya rasuah yang seumpama najis dadah. Ini kerana kepemimpinan negara suatu masa nanti akan terletak atas bahu mereka.

Jika pelajar diajar asas agama Islam tentang hukuman berat bagi pengamal rasuah, saya percaya bakal-bakal pemimpin muda tidak akan terlibat dengan anasir rasuah. Jangan tak percaya, negara pun boleh dijual jika rasuah menjadi budaya sesebuah negara. Katakan tidak pada rasuah.

Saya sangat mengharapkan dan berdoa supaya seluruh rakyat mempunyai sikap seperti Abdul Wahub (dalam filem Tiga Abdul). Ini kerana Abdul Wahub dalam filem berkenaan hanya melihat wang rasuah tetapi tidak ambil dan dia turut membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Akhir sekali, saya cadangkan pihak berkuasa menangkap juga mereka yang menawarkan rasuah sekiranya hasil siasatan mendapati pemberian rasuah itu bagi keuntungan dirinya tetapi tidak perlulah dihukum sekiranya tujuan mereka sekadar memerangkap pihak yang kaki rasuah.-UTUSAN

IBNU ARASY DZIKRULLAH
Kepala Batas, Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya