Dinding Pasar Seksyen 6 ‘comot’

Dinding Pasar Seksyen 6 ‘comot’

KEADAAN dinding Pasar Seksyen 6, Shah Alam, Selangor yang berlumut dan kotor. – IHSAN PEMBACA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PASAR Seksyen 6, Shah Alam, Selangor terletak di Jalan Kasawari 6/8 menjadi tumpuan penduduk untuk membeli barangan keperluan harian. Dari segi penyelenggaraan, pasar ini di bawah tanggungjawab Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Saya sendiri paling kurang seminggu sekali ke situ untuk membeli barangan keperluan harian. Namun, sedihnya didapati dinding bangunan pasar ini sudah bertahun-tahun berlumut dan kelihatan begitu kotor sekali.

Logo MBSA sudah lama tertanggal dan tidak diganti baharu. Sejujurnya, saya pernah membuat aduan kepada MBSA menerusi e-mel pada 27 Mei lalu.

Namun, sehingga sekarang, tiada apa-apa tindakan diambil MBSA. Moga dengan tersiarnya aduan dalam ruangan ini, MBSA dapat memperbaiki bangunan terbabit. – UTUSAN

KAMARUDDIN HASSAN, Seksyen 8, Shah Alam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya