Banyak manfaat jika langgan insurans

Banyak manfaat jika langgan insurans

BAGI sakit yang boleh memudaratkan nyawa mereka wajib berbuka kerana dikhuatiri membawa kepada kebinasaan. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SETAKAT hari ini, separuh daripada populasi Malaysia tidak mempunyai perlindungan insurans dan kadar yang membimbangkan ini menyebabkan kerajaan mengambil pelbagai langkah untuk membantu menjadikan insurans lebih mampu milik terutamanya dalam kalangan berpendapatan rendah.

Dalam pembentangan Bajet 2022, kumpulan B40 layak untuk menebus baucar bernilai RM75 untuk membeli pelan Insurans Perlindungan Tenang.

Inisiatif ini untuk memastikan lebih ramai memiliki insurans terutama bagi melindungi daripada kejadian tidak diingini.

Kemalangan mengejut biasanya akan menyebabkan mangsa ditimpa kesusahan terutama dari segi kewangan untuk membiayai bil perubatan yang tinggi atau kos pengebumian. Oleh kerana bencana alam dan kejadian tidak diingini sememangnya tidak dapat diduga atau dielakkan, sekarang adalah masa terbaik untuk mendapatkan perlindungan insurans.

Berikut adalah antara sebabnya:

1. Mampu milik
Salah satu sebab utama mengapa terdapat ramai masih belum memiliki perlindungan insuran adalah kerana kos yang tinggi. Banyak pilihan insurans dengan harga mampu milik disesuaikan mengikut keperluan individu.

2. Pelbagai manfaat
Dalam masa memerlukan, produk ini melindungi mangsa kemalangan dan keluarga mereka dengan meringankan beban kewangan dan mengurangkan tekanan. Selain perbelanjaan perubatan, sesetengah pelan menawarkan perlindungan bagi kos ambulans, perbelanjaan penginapan hospital serta pendapatan dalam tempoh rawatan di hospital akibat kemalangan. Tidak lupa juga perbelanjaan pengebumian jika diperlukan, hilang upaya kekal dan pembedahan pergigian atau pembedahan pemulihan lain akibat kemalangan.

3. Proses semudah A, B, C
Tiada borang permohonan yang panjang untuk diisi, malah dengan hanya beberapa klik, anda akan mendapat perlindungan insurans dengan serta-merta. Begitu juga proses tuntutan yang lancar dan efisien dengan pilihan membuat tuntutan menggunakan telefon atau menerusi talian utama yang dikhaskan.

4. Pelan yang disesuaikan mengikut keperluan
Tiada satu pakej insurans yang mampu memenuhi keperluan setiap individu kerana semua mempunyai keperluan berbeza. Perlindungan yang mencukupi bagi sesetengah orang mungkin tidak memadai bagi orang lain. Kebanyakan pelan insurans adalah fleksibel kerana syarikat-syarikat insurans memahami akan jangkaan dan kemampuan kewangan setiap individu adalah berbeza.-UTUSAN

LIBERTY INSURANCE BERHAD
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya