Bankrap bukan muflis

Bankrap bukan muflis

KERAJAAN akan meminda Akta Insolvensi 1967 supaya kes muflis dapat dilepaskan secara automatik pada masa yang singkat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MUTAKHIR ini, Malaysia dikejutkan semula dengan jumlah kes kebankrapan yang dijangka meningkat dengan ketara menjelang pasca Covid-19 atau fasa endemik. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam ucapannya baru-baru ini turut memberi perhatian serius terhadap tahap kebankrapan khususnya melibatkan belia.

Menurut tafsiran undang-undang berdasarkan Buku Rujukan Pantas Kebankrapan: Panduan Untuk Penghutang, kebankrapan merupakan satu proses apabila seorang penghutang diisytiharkan sebagai bankrap lanjutan daripada suatu Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman yang dibuat di mahkamah tinggi atas kegagalan atau ketidakupayaan untuk membayar hutang tidak kurang daripada RM30,000. Namun, jumlah itu kini dinaikkan menjadi RM100,000 dalam Akta Insolvensi 1967 (Pindaan 2020).

Istilah muflis lebih banyak digunakan oleh media massa khususnya pembaca berita di televisyen dan radio atau mana-mana medium media sosial. Jika dirujuk kembali kepada hadis, ia membawa makna yang lebih besar kerana melibatkan dosa dan pahala.

Berdasarkan hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah r.a, dapat difahami maksud muflis adalah keadaan seseorang di zaman akhirat nanti, iaitu pahalanya diberikan kepada orang yang pernah mereka zalimi manakala dosa-dosa orang yang dizalimi itu pula akan ditimpakan kepada penzalim itu. Inilah maksud muflis yang sebenar-benarnya.

Maka, sekali lagi saya jelaskan bahawa sewajarnya panggilan muflis yang kerap digunakan di platform media terhadap orang yang diisytiharkan atau dijatuhi hukuman bankrap ditukar kepada bankrap sahaja.

Ini kerana bankrap adalah satu proses perundangan di dunia yang mana nilai hutang seseorang individu tersebut melebihi nilai harta dan aset dimilikinya.

Hukuman bankrap hanya terpakai di dunia fana ini. Sangat menyedihkan apabila individu hanya berhutang di dunia, namun dipanggil dan disebut sebagai muflis.
Semoga pembaca dapat membezakan perbezaan bankrap dan muflis yang membawa maksud sangat mendalam sehingga ke alam akhirat.-UTUSAN

IKAZ
Teluk Intan, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya