Aktiviti sukan lasak boleh jejas hutan, biodiversiti

Aktiviti sukan lasak boleh jejas hutan, biodiversiti

BANYAK hidupan liar terancam dan menghampiri kepupusan berpunca daripada aktiviti sukan lasak yang tidak terkawal. – GAMBAR HIASAN/SHAIKH AHMAD RAZIF SHAIKH MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

AKTIVITI sukan lasak kian mendapat sambutan hangat daripada pelbagai peringkat golongan yang obses pada cabaran dan pengalaman rekreasi dalam persekitaran hutan. Lebih 120 lokasi hutan di negara ini di bawah milik kerajaan menjadi tumpuan kunjungan orang awam antaranya taman negara, taman negeri, taman ekorimba malah terdapat juga tapak-tapak rekreasi milik persendirian yang mampu menawarkan pelbagai aktiviti berasaskan hutan.

Dengan adanya aktiviti sukan lasak yang diperkenalkan ini, sektor rekreasi dan ekopelancongan juga semakin meningkat dan secara tidak langsung dapat menjana pendapatan masyarakat setempat dengan menyediakan peluang perkhidmatan seperti penginapan ringkas, sederhana dan moden termasuk hotel mahupun inap desa serta kraftangan.

Pun begitu, permintaan tinggi terhadap aktiviti di dalam hutan secara tidak langsung menyebabkan kita terlepas pandang impak alam sekitar. Kerakusan pengusaha perniagaan dan penganjur aktiviti dalam mengaut keuntungan menyebabkan pelbagai pencemaran dan banyak spesies hidupan liar berpindah ke kawasan baharu untuk kelangsungan hidup.

Sedia maklum, hutan serta biodiversiti di dalamnya adalah tempat untuk manusia meneruskan kehidupan. Khazanah alam hutan yang unik membekalkan sumber makanan, ubat-ubatan dan hasil industri. Hutan juga menjadi pusat rujukan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang kepakaran saintifik dan juga tapak pembangunan manusia sejagat. Tanpa hutan dan biodiversiti, kehidupan alam tidak seimbang. Fungsi asal hutan juga tergugat dalam memberikan pelbagai manfaat kepada manusia dan juga negara amnya.

Oleh itu, pelancongan rekreasi melibatkan aktiviti sukan lasak dan mencabar ini sewajarnya dilaksanakan secara terancang dan bijak agar tidak menjejaskan sumber biodiversiti hutan negara.

Hilang sumber biodiversiti, maka hilanglah warisan asli dan maruah negara. Dengan sumber biodiversiti yang masih ada ini, perlulah diberi perhatian dan perlindungan segera oleh pihak bertanggungjawab melalui ketegasan dalam menjalankan penguatkuasaan bagi mengurangkan impak negatif rekreasi kepada alam semula jadi. Sebagai langkah konservasi melalui penguatkuasaan, kaedah limitasi daya tampung di setiap kawasan rekreasi yang berkepadatan tinggi pengunjung dalam mengurangkan impak negatif rekreasi kepada sumber alam sekitar.

Bagi menjaga kelestarian biodiversiti negara, Kempen Kurangkan Impak Rekreasi Alam Semula Jadi perlu ditekankan dalam masyarakat agar kepentingan memelihara biodiversiti khazanah negara ini terus disanjung tinggi.-UTUSAN

PROFESOR MADYA DR. HASMAHZAITI OMAR dan DR. M. ADLI MOHD. SIDI
Fakulti Sains, Universiti Malaya dan Fakulti Sains Sukan & Rekreasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM)Kampus Jengka, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya