Risalah pelancongan kita tidak menarik

Risalah pelancongan kita tidak menarik

RISALAH yang menarik dan teratur akan memudahkan pelancong mendapat maklumat mengenai sektor pelancongan negara. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PROMOSI atau publisiti berkaitan industri pelancongan perlu penambahbaikan bagi meningkatkan keupayaan sektor ini di peringkat dalam dan luar negara.

Sepatutnya publisiti dari segi penyampaian perlu menarik dan tepat bagi tujuan memudahkan pencarian maklumat oleh pelancong melalui media sosial atau risalah terutama dalam fasa untuk mengembalikan semula industri pelancongan yang terjejas teruk akibat Covid-19.

Jadi, iklan berkaitan destinasi, keunikan, khazanah dan produk pelancongan bukan hanya sekadar diuar-uarkan sebaliknya setiap risalah atau medium laman sosial perlu dimulakan dengan cerita mengenai kecanggihan dan kemajuan negara seperti lapangan terbang moden, pelabuhan besar sebagai pintu masuk, jalinan jalan raya dan lebuh raya canggih dan besar serta sistem dan stesen kereta api cantik dan tersergam. Ia perlu disertakan dengan gambar dan grafik menarik.

Diikuti publisiti bandar-bandar yang menjadi tarikan pelancong. Boleh juga ceritakan pilihan hotel, inap desa, gedung beli-belah dan sebagainya.

Di susuli kelebihan spesies flora dan fauna, keindahan pantai, pulau, tasik, sungai, gunung, bukit bukau, kawasan rekreasi, kampung tradisional dan lain-lain. Kemudian barulah tunjukkan keistimewaan masyarakat majmuk, kepelbagaian budaya, makanan, adat dan agama.

Publisiti dan promosi di peringkat dalam negara sebaiknya setiap negeri juga mengikut turutan seperti di atas apabila menyediakan risalah atau pamplet kerana ia lebih fokus dan terperinci.-UTUSAN

TEROPONG DO RE MI
Setapak, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya