Elaun sedikit punca guru besar pilih bersara awal - Utusan Malaysia

Elaun sedikit punca guru besar pilih bersara awal

PILIHAN bersara awal oleh lebih 10,000 guru akan memberi kesan kepada kualiti dan kebolehsaingan sistem pendidikan negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KESATUAN Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dalam satu kenyataan pada 18 April lalu menganggarkan, lebih 10,000 guru membuat pilihan bersara awal setiap tahun kebelakangan ini, jauh melebihi statistik Kementerian Pendidikan.

Malah, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam satu hantaran Facebooknya pada April lalu menggesa Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk Pendidikan memanggil wakil Kementerian Pendidikan bagi menjelaskan perkara ini.

Kata beliau, guru adalah pemangkin sangat penting dalam memajukan bangsa dan negara. Mereka mempunyai pengaruh luar biasa dalam mencorakkan keperibadian dan pemikiran generasi pelapis.

Mohamad juga berkata, kebajikan guru adalah keutamaan yang tiada kompromi dan jika begitu ramai guru-guru mengakhiri karier pada saat masih produktif dan boleh menyumbang dengan berkesan, pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan Kementerian Pendidikan.

Dalam isu ini, mereka yang berjawatan guru besar juga nekad untuk bersara awal. Seharusnya, pihak kementerian memikirkan cara bagi mengurangkan kadar persaraan awal bagi mereka yang berpengalaman luas.

Memegang jawatan sebagai guru besar pada masa ini bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Ramai yang tidak berminat dan berani menawarkan diri mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) bahkan mereka melihat elaun sebanyak RM200 sebulan tidak setimpal dengan tanggungjawab yang terlalu rencam dan mencabar.

Tambahan pula, guru besar terpaksa berhadapan dengan kerenah ibu bapa yang semakin kurang hormat kepada guru-guru. Pelbagai perkara perlu dilaksanakan oleh guru besar. Semuanya mahu cepat sehinggakan waktu cuti pun pesanan WhatsApp masih masuk.

Justeru, sudah sampai masanya elaun guru besar dinaikkan memandangkan hampir semua mereka sudah memiliki ijazah. Semoga cadangan ini mendapat perhatian Kementerian Pendidikan. – UTUSAN

GURU OTAI, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya