Dua pergerakan gaji untuk penjawat awam berjasa

Dua pergerakan gaji untuk penjawat awam berjasa

PETUGAS Kementerian Kesihatan keletihan selepas mengebumikan jenazah mangsa Covid-19 di Tanah Perkuburan Islam Setali, Kuantan pada 2021. – UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PENGORBANAN kakitangan awam demi kemakmuran dan kesejahteraan negara begitu tinggi nilainya, tidak dapat dibalas dengan wang ringgit.

Mereka tidak minta pun nama disanjung atas setiap kerja dibuat. Mereka reda dengan tugas yang digalas.

Lihat sahaja barisan hadapan ketika memerangi pandemik Covid-19. Hinggakan tertidur di tangga kerana keletihan, bahkan ada yang meninggal dunia akibat jangkitan virus berkenaan.

Jadi, bukankah itu pengorbanan yang dibayar mereka demi kesejahteraan rakyat?

Lihatlah kes anggota penyelamat di air ketika menjalankan tugas. Bayangkan akibat air yang berpusing telah menyebabkan tali keselamatan di pinggang melilit mereka sehingga maut akibat kelemasan.

Barisan tentera kita yang terkorban semasa berperang dengan puak Sulu di Sabah beberapa tahun lalu, boleh diambil pengajaran.

Kerana khianat pihak tertentu yang menjadi tali barut puak berkenaan sehingga menyebabkan operasi tentera dibocorkan.

Kalau nak dikira, banyak lagi pengorbanan kakitangan awam yang telah meninggal dunia ketika dalam perkhidmatan (belum pencen lagi).

Jadi, apa salah sekiranya kerajaan menaikkan sedikit lagi ganjaran untuk kakitangan awam yang telah meninggal dunia ini?

Hadiahkan dua tangga Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) kepada penjawat awam yang meninggal dunia ketika dalam perkhidmatan. Jasa mereka tetap dikenang selama-lamanya. – UTUSAN

IBNU ARASY DZIKRULLAH, Kepala Batas, Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN