GURU membawa maksud menyelamatkan seseorang daripada kegelapan dalam bahasa Sanskrit. Ahli falsafah Greek, Socrates (469-399 SM) dari Athens merupakan guru disanjung tinggi pada zaman Yunani. Beliau merupakan guru Plato, manakala Plato adalah guru Aristotle. Mereka bertiga perintis pemikir dan ahli falsafah yang melandaskan asas falsafah Barat. Menurut Socrates, “Hayat atau kehidupan tanpa perincian adalah sia-sia sahaja” (The unexamined life is not worth living). Namun, Socrates tidak menulis pemikiran dan falsafah. Pemikiran Socrates dicatatkan oleh Plato dalam buku bertajuk The Apology. Apakah rahsia Socrates? Socrates tidak pernah mengajar di sekolah. Beliau…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya