Taman permainan di Kantan Permai, Kajang bahaya

Taman permainan di Kantan Permai, Kajang bahaya

KEADAAN taman permainan di Taman Kantan Permai, Kajang yang uzur dan rosak boleh mengundang bahaya kepada kanak-kanak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TAMAN permainan merupakan kemudahan asas yang disediakan di setiap taman perumahan. Taman permainan bertujuan memberi ruang untuk kanak-kanak hidup aktif, namun jika kemudahan yang disediakan rosak dan tidak dipulihara boleh menjejaskan gaya hidup sihat kanak-kanak.

Saya memohon pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berwajib meninjau serta memulihara taman permainan di Taman Kantan Permai, Kajang, Selangor yang saya anggarkan lebih dari lima tahun tidak diperbaiki.

Hampir setiap hari saya dapati kanak-kanak memenuhi taman permainan di situ meskipun peralatan permainan yang disediakan telah rosak. Saya khuatir kanak-kanak yang bermain dengan peralatan yang rosak ini akan tercedera.

Tiada buaian, jongkang-jongket, penunggang spring bahkan gelongsor sedia ada pun telah rosak dan kelihatan sangat uzur. Keadaan tersebut boleh mengundang bahaya dan kecelakaan kepada kanak-kanak yang kerap mengunjungi taman permainan tersebut. Yang ada cumalah gelanggang takraw yang dipenuhi remaja. Bagi kanak-kanak berusia 10 tahun ke bawah, hanya aktiviti berlari atau berjalan sekeliling taman yang mampu mereka lakukan.

Dengan keluasan padang yang dianggarkan sekitar 43 meter dan panjang 70 meter, saya rasa banyak kemudahan alat permainan yang boleh disediakan bagi penduduk di Taman Kantan Permai.

Mohon pihak berwajib segera meninjau masalah ini.-UTUSAN

JIRAN PRIHATIN
Kajang, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN