Sambut hari raya terkejut, peniaga lagi terkejut

Sambut hari raya terkejut, peniaga lagi terkejut

RAMAI yang menyerbu pasar pada malam hari raya untuk membeli bahan basah bagi menyediakan hidangan Hari Raya Aidilfitri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAMBUTAN Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini menjadi buah mulut sehingga hari ini. Ini kerana tidak pernah berlaku sambutan Hari Raya Aidilfitri lebih awal daripada jangkaan dalam sejarah negara.

Selalunya Malaysia mengamalkan pengiraan mengikut kalendar, namun kali ini sambutan diputuskan selepas anak bulan Syawal disahkan kelihatan di satu daripada 29 lokasi cerapan rasmi.

Sebenarnya ia tidak pelik memandangkan di Malaysia suatu ketika dahulu, Johor juga pernah sambut hari raya lebih awal daripada jangkaan. Cuma kali ini keadaan menjadi kelam-kabut selepas ramai yang masih belum membuat persiapan terutama hidangan raya.

Malah, difahamkan ramai yang sudah menempah bahan masakan basah seperti ayam serta daging pada 2 Mei sehingga menyebabkan peniaga kelam-kabut dan tidak mampu menunaikan permintaan pembeli pada saat-saat akhir.

Saya yang ke pasar di sekitar Alor Pongsu, Perak amat terkejut melihat orang ramai berpusu-pusu pada malam raya dan tiada stok ayam mahupun daging.

Ada juga peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan pada saat-saat akhir.

Ada juga yang tidak sempat menyambut 1 Syawal bersama keluarga kerana pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dibuat pada saat-saat akhir.

Ada juga dalam kalangan rakan yang belum lagi membeli pakaian raya untuk ahli keluarga kerana merancang membelinya pada saat-saat akhir kerana mengharapkan diskaun.

Pun begitu, hari raya kali ini menjadi kenangan buat kami seisi keluarga yang terpaksa beraya tanpa menu wajib seperti lemang dan rendang. Kami hanya menyambut raya dengan lauk-pauk biasa dan agak kepenatan menyediakan makanan dalam suasana yang kelam-kabut.-UTUSAN

NAZ KHALID
Bagan Serai, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN