Pusat beli-belah SACC kembali bersinar

Pusat beli-belah SACC kembali bersinar

FESTIVAL Ramadan Selangor, Cahaya Festira (FESTIRA’22) bukan sahaja mengembalikan kemeriahan pusat beli-belah SACC, malah membuka pintu rezeki buat peniaga kecil dan sederhana.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SELEPAS dua tahun sektor ekonomi terhenti akibat penularan wabak Covid-19, Festival Ramdan Selangor anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Real Estate (PREC) dengan tema Cahaya Festira (FESTIRA’22) diadakan bagi menyokong agenda kerajaan negeri untuk membantu usahawan kecil dan sederhana serta pengusaha tempatan meningkatkan ekonomi mereka.

Festival yang diadakan di pusat beli-belah Shah Alam Convention Centre (SACC) mendapat sambutan luar biasa daripada pengunjung. Kebanyakan peniaga mempromosikan barang jualan melalui media sosial untuk menarik perhatian pengunjung datang ke FESTIRA’22 ini.

Terdapat pelbagai barangan hari raya disediakan dan dijual pada harga berbaloi. Selain itu, suasana tidak terlalu sesak dengan pengunjung.

Festival ini dapat membantu sedikit sebanyak peningkatan jualan peniaga berbanding sewaktu musim pandemik. Walaupun ada peningkatan pada harga barang ekoran kenaikan harga bahan mentah, namun pelanggan memahami situasi tersebut dan terus menyokong festival ini.

FESTIRA’22 menyediakan 500 ruang jualan untuk peniaga menyewa dengan sasaran 3.5 juta pengunjung. Selain jualan, terdapat pertandingan, ganjaran dan cabutan bertuah untuk pengunjung festival tersebut.-UTUSAN

KHAIRIN NAJAH
Pelajar Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN