SAUDARA PENGARANG,
SAYA sertakan beberapa petua atau panduan tentang bagaimana para pengguna boleh menjimatkan elektrik dalam kehidupan seharian sama ada di rumah, pejabat mahupun kilang.
Antara yang boleh dilakukan di rumah ialah:
Matikan suis lampu sekiranya anda orang terakhir sekali yang meninggalkan bilik.
Sesuaikan alat pendingin hawa pada had sederhana atau rendah.
Periksa laras suhu pemanas air dan tentukan ia tidak dipasang pada suhu terlalu tinggi. Matikan apabila tidak menggunakannya.
Penuhkan rak-rak ketuhar apabila membakar.
Pastikan laras suhu peti sejuk berjalan dengan baik dan pasang pada has suhu yang betul.
Penuhkan mesin basuh hingga maksimum bila menggunakannya.
Yang tidak patut dilakukan ialah:
Jangan gunakan dapur elektrik ketika memasak sedikit makanan sahaja.
Jangan gunakan cerek elektrik jika air yang hendak dimasak itu hanya sedikit.
Jangan biarkan lampu pagar dan serambi terpasang, kecuali perlu.
Yang patut dilakukan untuk menjimatkan kuasa elektrik di dalam bangunan perniagaan dan perindustrian ialah:
Hadkan penggunaan lampu-lampu perhiasan dan pagar ke tahap minimum.
Matikan lampu neon pengiklanan selepas tengah malam.
Hidupkan tangga bergerak pada masa-masa sibuk sahaja.
Yang tidak perlu dilakukan ialah:
Jangan pasang lampu yang tidak perlu jika cahaya matahari mencukupi.
Jangan biarkan pintu dan tingkap terbuka apabila pendingin hawa dipasang.
Jangan hidup semua lif pada masa tidak sibuk. – UTUSAN
BULBIR SINGH, Bekas Presiden Persatuan Pengguna Negeri Sembilan