Jadikan al-Quran menu jiwa, minda anak-anak - Utusan Malaysia

Jadikan al-Quran menu jiwa, minda anak-anak

ANAK-anak perlu menerima pendidikan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani agar menjadi insan yang cemerlang di dunia mahupun akhirat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ISLAM telah menggariskan beberapa perkara yang sepatutnya diguna pakai dalam menangani permasalahan dalam kalangan masyarakat.

Manusia tidak seharusnya mengambil jalan lain atau singkat untuk menyelesaikan sesuatu masalah ummah.

Kita sedia maklum bahawa salah laku jenayah dalam kalangan kanak-kanak adalah hasil daripada nilai-nilai pengabdian kepada Allah SWT yang tidak diterapkan dalam jiwa mereka.

Menurut pemikir Islam, Profesor Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, antara matlamat agama itu diturunkan oleh Allah SWT adalah menjadikan manusia sebagai makhluk yang mulia dan soleh agar dapat membesar dengan roh keislaman.

Antaranya ciri-cirinya ialah beriman dan bertakwa dengan meyakini bahawa Allah SWT ialah pencipta, menyempurna serta mengurniakan akal dan kehendak, mengutuskan para rasul, menurunkan kitab-kitab suci, menjelaskan matlamat dan jalan sebenar menuju kebahagiaan hakiki.

Kedua, pendidikan yang betul akan melahirkan insan yang benar-benar memahami hakikat tanggungjawab hidup di dunia.

Ketiga, ajar anak menyintai al-Quran. Ini kerana pada usia muda ini adalah masa yang paling sesuai untuk membentuk perwatakan mereka.

Saya menyeru kepada semua ibu bapa supaya menjadikan al-Quran itu menu jiwa dan minda kita dan anak-anak. Jika ingin melihat generasi yang akan datang terus menggenggam kejayaan, kegemilangan dan keunggulan maka kembalilah pada al-Quran.

Islam bukan hanya agama yang memenuhi keperluan jiwa manusia semata-mata tetapi merangkumi keperluan akal, fitrah, hidup individu, bermasyarakat dan negara.

Sebut sahaja dalam bidang apa sekalipun baik perniagaan, perhubungan antarabangsa, ekonomi, pendidikan, politik, ketenteraan dan pelbagai lagi cabang-cabang hidup manusia. – UTUSAN

ASWADYQALBINADA, Presiden Kelab Pelajar/Alumni OUM Alor Setar/Perlis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN