Bila ubah suai Hospital Kajang nak siap?

Bila ubah suai Hospital Kajang nak siap?

KEADAAN projek pembinaan Kompleks Rawatan Wanita dan Kanak-Kanak Hospital Kajang di Sungai Jelok yang dirakam pada 10 Mei lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA meminta kerajaan mengarahkan kontraktor yang terbabit dalam pembinaan blok tambahan dan pengubahsuaian bangunan Hospital Kajang, Selangor serta pembinaan Kompleks Rawatan Wanita dan Kanak-Kanak (WCC) di tapak Kuarters Lama Sungai Jelok agar menyegerakan projek tersebut.

Sebelum ini, kerajaan diterajui Barisan Nasional (BN) menjanjikan projek fasa baharu Hospital Kajang dengan kos RM300 juta siap pada 2021.

Kerajaan juga berjanji ia akan dilengkapi 272 katil tambahan selain meningkatkan persekitaran rawatan yang lebih selesa dan kondusif kepada pelanggan.

Projek yang dijanjikan siap dalam tempoh tiga tahun itu kini sudah berlanjutan dari tempoh asal yang dijanjikan.

Hasil tinjauan saya mendapati beberapa blok di bahagian belakang jalan utama masih dalam pembinaan dan besi cerucuk masih dipasang.

Selagi projek tersebut tergendala, ratusan pesakit terpaksa berdepan masalah kesesakan di Hospital Kajang yang sudah berusia lebih seabad.

Menurut catatan sejarah, hospital ini dibina pada 1889 di atas tanah seluas 16 ekar, kira-kira 30 kilometer di tenggara Kuala Lumpur.

Bayangkan penduduk seperti saya terpaksa berdepan ketidakselesaan lebih 30 tahun. Saya sendiri pernah dicadangkan oleh doktor bertugas ketika itu untuk pergi ke hospital swasta berdekatan disebabkan wad kanak-kanak sudah penuh dan tiada katil kosong.

Ketika itu, dua kali saya bawa anak berusia bawah setahun di wad kecemasan hospital yang sudah mencecah usia 133 tahun.

Pihak media juga pernah melaporkan pada 2018 mengenai kadar penggunaan katil harian di Hospital Kajang sudah mencapai 150 peratus hingga menyumbang kepada kesesakan di wad, klinik pakar atau jabatan kecemasan.

Keadaan itu turut memberi ketidakselesaan dan tekanan kepada kakitangan bertugas dan pesakit.-UTUSAN

HASIF IDRIS
Kajang, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya