Bila masalah bekalan air di SMA Setiu nak selesai?

Bila masalah bekalan air di SMA Setiu nak selesai?

bekalan air
MASALAH bekalan air di Sekolah Menengah Agama (SMA) Setiu, Terengganu memberi kesan kepada mental, emosi dan pembelajaran pelajar. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEJAK 2019, Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir menaburkan janji-janji manis bahawa masalah bekalan air di Setiu, Terengganu akan berakhir.

Namun sehingga kini, masalah bekalan air tersebut masih tidak diatasi dan mengganggu aktiviti harian penduduk.

Malah isu ini dikatakan pernah disuarakan dalam perbahasan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) pada tahun tersebut.

Sementara pada Jun 2020, beliau sekali lagi menabur janji sama dan menyatakan kekurangan loji dan keusangan paip di kawasan terbabit antara punca gangguan bekalan air kerap berlaku selain berharap penduduk memahami keadaan dan memerlukan sedikit masa bagi proses membaik pulih.

Malangnya sehingga hari ini, pelajar asrama Sekolah Menengah Agama (SMA) Setiu kerap mengalami gangguan bekalan air. Sudah bertahun-tahun, namun isu ini masih tidak selesai.
Saya sendiri berkali-kali menghubungi Syarikat Air Terengganu (SATU) tetapi tiada jawapan. Panggilan saya tidak dijawab.

Difahamkan pihak sekolah dalam proses memasang tangki air sementara tetapi nampaknya tiada perkembangan baharu.

Justeru itu, saya memohon pihak sekolah dengan kerjasama Kementerian Pendidikan untuk membina tangki air bermenara yang dianggarkan berjumlah RM250,000 bagi memudahkan pelajar-pelajar dalam aktiviti harian mereka.

Perkara ini juga pernah diajukan kepada persatuan ibu bapa dan guru (PIBG). Kata mereka isu ini sudah selesai tetapi ia hanya sekadar indah khabar dari rupa.-UTUSAN

IBU BAPA PELAJAR
Setiu, Terengganu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN