Tiba masa wujud jawatan khas proses data pelajar

Tiba masa wujud jawatan khas proses data pelajar

cuti rehat
Cuti rehat khas guru yang berkhidmat lebih 10 tahun ditambah lima hari menjadikan 15 hari setahun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PROFESION guru pada ketika ini bertukar 90 darjah apabila dilaporkan mereka terpaksa menanggung banyak bebanan kerja di sekolah melibatkan proses memasukkan dan memproses data pelajar.

Pelik apabila kerja-kerja pengkeranian dibebankan kepada guru. Adakah dengan merekodkan setiap keputusan pencapaian dan maklumat pelajar dapat menghasilkan keputusan yang amat baik?
Bagaimana pula dengan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah? Bolehkah seseorang guru menumpukan perhatian terhadap objektif pembelajaran sedangkan masanya banyak dihabiskan di depan komputer?

Tidakkah keadaan ini boleh menjejaskan atau membantutkan usaha pembentukan pelajar seperti pernah dihasratkan? Pelajar pula setiap hari dipaksa menggalas beg yang sarat dengan buku, seolah-olah pembelajaran tidak berjadual.

Bagaimana mahu melahirkan generasi ulul al bab sekiranya guru terlalu dibebankan dengan kerja-kerja yang tidak merangsang otak sebaliknya mereka menghadapi tekanan? Jika tidak boleh dikendalikan dengan baik dan teratur berkemungkinan guru boleh mengalami masalah mental yang serius seperti pendiam, kemurungan dan sebagainya.

Jadi, Kementerian Pendidikan harus mengkaji dan meneliti semula keupayaan serta faktor usia guru dengan membenarkan mereka bersara awal pada usia 55 tahun atau boleh tempatkan di mana-mana institusi pendidikan di bawah kementerian atau melibatkan mereka dengan kerja-kerja dasar pentadbiran pendidikan negeri maupun daerah.

Alternatif lain bagi mengatasi masalah adalah dengan mewujudkan jawatan baharu di setiap sekolah untuk menjalankan tugas khusus memproses dan mengakses data-data yang melibatkan pelajar.-UTUSAN

CUCU TOK JANGGUT
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya